BALING– Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Bayu mengorak selangkah ke hadapan apabila buat julung kalinya menawarkan pendidikan percuma setiap bulan kepada masyarakat.
ADUN Bayu, Abd Nasir Idris berkata, usaha itu dilakukan dengan kerjasama beberapa pihak sejak Januari lalu.
Menurutnya, antara kursus telah dianjurkan ialah berkaitan kaedah berniaga dan penulisan berita.

“Dengan kemampuan yang terbatas, kita dengan kerjasama beberapa pihak berusaha menganjurkan pelbagai jenis kursus kepada masyarakat.
“Saya berharap usaha menganjurkan kelas secara percuma ini membantu negara melahirkan rakyat yang berilmu,”,katanya.

Beliau berkata, pendidikan percuma disediakan pihaknya menyentuh pelbagai jenis bidang ilmu merangkumi akademik dan kemahiran.
“Kelas seterusnya akan memberikan fokus kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) bagi subjek-subjek tertentu.
“Jika kita ada kemampuan yang lebih dan mendapat sokongan pelbagai pihak, kita akan anjurkan pula kelas tambahan termasuk kem motivasi khususnya kepada pelajar sekolah,”katanya.
Tambahnya, setakat ini kursus hanya dijalankan sebulan sekali pada hari yang bersesuaian.
Tamat
Leave a Reply