KUALA LUMPUR- Tanpa beberapa pemain utama akibat kad merah serta cedera, Indonesia tetap tidak akan memberikan laluan mudah kepada Malaysia menjelang penentuan pingat gangsa Sukan SEA 2021 menentang Malaysia esok. "Kami mempersiapkan dengan baik untuk laga melawan Malaysia nanti. Meski tiga pemain dalam skorsing kartu merah dan Egy juga cedera. Kami yakin pemain akan berjuang keras demi meraih medali perunggu," ...

SIK-Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sik terus komited dalam pengurusan bencana dengan menubuhkan pasukan tindak balas kecemasan pertahanan awam komuniti (CDERT-C) di empat mukim di daerah Sik, semalam. APM Sik telah mengadakan majlis penyampaian sijil penubuhan CDERT-C yang diserahkan oleh Mej (PA) Imran Azemi, Timbalan Pengarah APM Negeri Kedah kepada Penaung 1 CDERT-C daerah Sik Ahmad Tarmizi Sulaiman, merangkap ...

SUNGAI PETANI- Kerajaan disaran mengutamakan sektor pertanian dan penternakan dengan mewartakan tanah bagi tujuan itu serta menghentikan segala projek bukan keperluan. Pengerusi Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu ( PAMM) Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus  berkata, kerajaan juga perlu bertindak hentikan segera pajakan tanah kepada mana-mana pihak. Menurutnya, kerajaan dinasihati tidak menunggu hingga krisis makanan benar terjadi di negara ini, barulah tindakan ...

KUALA LUMPUR – Persaingan Malaysia Techlympics 2022 kini bermula dengan hadiah bernilai sehingga RM500,000 berpeluang untuk dimenangi. Program ini merupakan salah satu inisiatif terbesar Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk membudayakan minat di kalangan pelajar dan belia dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI). Sehingga kini, seramai 40,000 rakyat Malaysia yang berusia di antara 7 hingga 30 tahun telah ...

KUALA LUMPUR-Skuad Bawah 23 tahun negara (B-23) seri 2-2 ketika mempamerkan aksi 'bersahaja' dalam aksi terakhir Kumpulan B Sukan SEA 2021 di Stadium Thien Thuong Vietnam sebentar tadi. Malaysia yang sudah pun layak ke separuh akhir menurunkan barisan kedua melayani Kemboja. Dua gol Malaysia dijaringkan Muhammad Hadi Fayyadh minit ke-51 melalui sepakan penalti dan rembatan pada minit ke-67. Kemboja yang ...

KUALA KETIL- Hampir 10,000 orang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kuala Ketil hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, beliau tidak menyangka program itu menerima sambutan luar biasa dan sudah pasti pihaknya amat bersyukur dan bergembira dengan kehadiran yang di luar jangkaan itu. "Kita menerima kehadiran ...

KUALA LUMPUR- Skuad Bawah 23 tahun (B-23) dipaksa seri 2-2 oleh Singapura dalam perlawanan Kumpulan B Sukan Sea 2021 di Stadium Thien Thuong, Vietnam sebentar tadi. Keputusan itu menyaksikan Singapura hampir pasti tidak  layak ke separuh akhir walaupun mengharapkan Thailand tewas dalam baki dua perlawanan menentang Kemboja dan Laos; situasi mustahil. Ia juga bermakna Malaysia telah mengesahkan kemaraan ke separuh ...

KUALA KETIL-Endemik bukan penghalang untuk melahirkan kemenjadian murid bekeperluan pendidikan khas (MBPK) SK Batu Pekaka, Kuala Ketil, Kedah. Pelbagai aktiviti yang dirancang telah berjaya dilaksanakan di sepanjang bulan Ramadhan baru-baru ini. Program dijalankan ialah sesi Tadarus dan Khatam Al-Quran, Penyediaan Satu Hari Satu Juadah Berbuka Puasa, Uli-Uli Aidilfitri, Ketupat Daun Palas, Tazkirah Ramadan dan Hari Raya. Pada program yang sama, ...

SUNGAI PETANI - Malaysia perlu keluar daripada kebergantungan import bagi mengatasi masalah kenaikan harga barang dan kelemahan nilai Ringgit Malaysia (RM) yang kini semakin menekan rakyat negara ini. Pengerusi Persatuan Angkatan Masyarakat Malaysia ( PAMM) Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, Malaysia mampu mengelakkan kenaikan harga barang sekiranya bijak memanfaatkan sumber bumi di negara sendiri. "Kita sebuah negara yang kaya, ...

KUALA LUMPUR -Dua gol dari Luqman Hakim Shamsudin dan Shahir Bashah sudah cukup menebus dendam Malaysia ke atas Loas malam ini. Skuad negara menang 3-1 dalam perlawanan Kumpulan B Sukan SEA 2021 di Stadium Thien Truong Vietnam sekaligus menyedarkan Laos bahawa pasukan itu masih belum mampu untuk muncul sebagai pasukan terkuat di Asia Tenggara. Beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong, ...