Skuad kedua Malaysia B-23 diikat Kemboja 2-2

KUALA LUMPUR-Skuad Bawah 23 tahun negara (B-23) seri 2-2 ketika mempamerkan aksi ‘bersahaja’ dalam aksi terakhir Kumpulan B Sukan SEA 2021 di Stadium Thien Thuong Vietnam sebentar tadi.

Malaysia yang sudah pun layak ke separuh akhir menurunkan barisan kedua melayani Kemboja.

Dua gol Malaysia dijaringkan Muhammad Hadi Fayyadh minit ke-51 melalui sepakan penalti dan rembatan pada minit ke-67.

Kemboja yang memerlukan kemenangan untuk mara membolosi gawang negara hasil sepakan penalti diambil Choun Chanchav minit ke-46 dan Ky Rina minit ke-60.

Ketua jurulatih Malaysia, Brad Maloney hanya memasukkan Luqman Hakim Shamsudin, Nik Akif Syahiran, Faiz Amer, Syahir Bashah dan Azrin Afiq ketika selepas Malaysia ketinggalan 2-1 kepada lawan.

Malaysia mengutip lapan mata hasil dua kemenangan dan dua seri.

RENTAS7/FOTO: FAM

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.