Dendam Malaysia ke atas Laos terbalas

Malaysia meneruskan rentak cemerlang denagan dua kemenangan berturut-turut

KUALA LUMPUR -Dua gol dari Luqman Hakim Shamsudin dan Shahir Bashah sudah cukup menebus dendam Malaysia ke atas Loas malam ini.

Skuad negara menang 3-1 dalam perlawanan Kumpulan B Sukan SEA 2021 di Stadium Thien Truong Vietnam sekaligus menyedarkan Laos bahawa pasukan itu masih belum mampu untuk muncul sebagai pasukan terkuat di Asia Tenggara.

Beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong, skuad negara bergelut pada 30 minit pertama untuk menembusi gol lawan meskipun menguasai permainan.

Namun, gol ditunggu-tunggu tiba selepas Luqman Hakim yang memperdaya dua pertahanan lawan dari sebelah kanan padang melakukan rembatan padu untuk menewaskan penjaga gol Laos pada minit ke-36.

Malaysia terus mengasah taring menerusi gol dari luar petak penalti hasil rembatan kencang Shahir Bashah pada minit ke-43.

Luqman sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke -67 selepas menerima umpanan daripada rakan sepasukan daripada sebelah kiri padang.

Pasukan lawan mendapat gol saguhati hasil jaringan Visits Bounpaserth minit ke-85.

Pada Piala AFF B-23 pada Februari lalu, Laos memalukan Malaysia dua kali hasil kemenangan 2-1 dan 2-0.

Namun, skuad dihantar Brad Maloney ketika itu bukanlah skuad utama Malaysia.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.