Hampir 10,000 ‘serbu’ rumah terbuka ADUN Kuala Ketil

Mansor tengah melayani kanak-kanak pada majlis itu

KUALA KETIL– Hampir 10,000 orang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kuala Ketil hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, beliau tidak menyangka program itu menerima sambutan luar biasa dan sudah pasti pihaknya amat bersyukur dan bergembira dengan kehadiran yang di luar jangkaan itu.

“Kita menerima kehadiran hampir I0,000 orang termasuk kepimpinan kerajaan negeri. Yang Dipertua PAS Kawasan dari Merbok, Sungai Petani, Kulim Bandar Baharu, Padang Serai dan Baling sendiri turut bersama dalam majlis ini,” katanya.

Beliau berkata, ia turut dihadiri pemimpin parti politik lain iaitu daripada Bersatu dan Gerakan

Beliau berkata, pelbagai menu disediakan seperti lemang, ketupat, laksa, cendol, roti canai, ais krim dan sebagainya tetapi paling laris ialah gulai daging dan ayam.

Mansor turut menyantuni kanak-kanak dengan pemberian duit raya.

Antara pemimpin kerajaan yang hadir adalah Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Brigadier Jeneral (B) Najmi Ahmad, Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan, Pembasmian Kemiskinan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Dato’ Ustazah Siti Aisyah Ghazali, Exco Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India, Azman Nasrudin dan ADUN Bayu, Abd Nasir Idris.

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.