Malaysia malukan Singapura

KUALA LUMPUR– Skuad Bawah 23 tahun (B-23) dipaksa seri 2-2 oleh Singapura dalam perlawanan Kumpulan B Sukan Sea 2021 di Stadium Thien Thuong, Vietnam sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan Singapura hampir pasti tidakĀ  layak ke separuh akhir walaupun mengharapkan Thailand tewas dalam baki dua perlawanan menentang Kemboja dan Laos; situasi mustahil.

Ia juga bermakna Malaysia telah mengesahkan kemaraan ke separuh akhir tanpa perlu menunggu keputusan Thailand menentang Kemboja.

Skuad negara hanya akan melengkapkan perlawanan terakhir dengan Kemboja pada 16 Mei ini selaku juara atau naib juara kumpulan.

Malaysia membuka tirai jaringan seawal minit keempat hasil jaringan Luqman Hakim Shamsudin sebelum Muhammad Shah Shahiran melakukan rembatan kencang jarak jauh untuk mengikat kedudukan 1-1.

Singapura yang diperkuatkan oleh beberapa pemain senior dan naturalisasi terdesak mencari kemenangan memperoleh gol minit ke-78 selepas Harhys Rizal Gereth berjaya menguis bola dalam gawang ketika situasi kelam kabut di hadapan pintu gol negara.

Bagaimanapun hasrat Singapura untuk tewaskan skuad belia Malaysia hancur selepas Faiz Amer menanduk masuk sepakan sudut Nik Akif Syahiran bagi gol penyamaan untuk keputusan muktamad 2-2.

Malaysia kini mengutip tujuh mata dengan berbaki satu perlawanan manakala Singapura sudah lengkap empat perlawanan hanya mengutip lima mata.

RENTAS7/ FOTO: ASEAN FOOTBALL

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.