ALOR SETAR- Akar herba tutup bumi mempunyai pelbagai khasiat terutamanya untuk golongan wanita.
Penggemar herba itu, Hj Ibrahim Yaacob berkata, akar tanaman itu dapat mengembalikan semula keremajaan ibu-ibu selepas bersalin.
“Herba ini memulihkan semula tenaga dalaman wanita, memulihkan otot-otot, menyembuhkan parut dan luka dalaman.
“Orang-orang tua dahulu semua mengamalkan minuman herba ini, tetapi wanita zaman sekarang dah tak ramai amalkan,”katanya.
Katanya, salah satu faktor berlakunya poligami kerana suami isteri tidak lagi menjaga kecantikan dalaman mereka.
“Daun ini boleh didapati dalam dusun, ia tumbuh secara semula jadi,”katanya.
Minum selepas pantang
Hj Ibrahim berkata, minuman herba itu seeloknya diminum selepas pantang.
“Minum waktu pantang panas nanti,”katanya.
Katanya, akar daun itu perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum direbus.
“Ambil daun itu dan potong akarnya, kemudian basuh akarnya dan jemur bawah panas dalam tempoh dua atau tiga hari.
“Bila dah betul-betul kering, baru rebus untuk diminum,”katanya.
SUMBER: Rentas7.com
Leave a Reply