Latih orang awam ilmu pengurusan bencana di melalui CDERT-C

Ahmad Tarmizi menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta

SIK-Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sik terus komited dalam pengurusan bencana dengan menubuhkan pasukan tindak balas kecemasan pertahanan awam komuniti (CDERT-C) di empat mukim di daerah Sik, semalam.

APM Sik telah mengadakan majlis penyampaian sijil penubuhan CDERT-C yang diserahkan oleh Mej (PA) Imran Azemi, Timbalan Pengarah APM Negeri Kedah kepada Penaung 1 CDERT-C daerah Sik Ahmad Tarmizi Sulaiman, merangkap Ahli Parlimen Sik

Di majlis yang sama, Ahmad Tarmizi turut menzahirkan sokongan yang amat jitu dengan penubuhan CDERT-C di daerah sik

“Heiraki pengurusan bencana adalah “respond, rescue and rehibilitation, iaitu tindakan, usaha menyelamat dan pemulihan. Dengan penubuhan CDERT-C ini, risiko kehilangan nyawa dan harta benda dapat dikurangkan.

“Saya menyokong sepenuhnya usaha memperkasakan komuniti dengan ilmu pertahanan awam melalui latihan teori dan kemahiran dalam pengurusan bencana dan sebagainya”katanya.

Sementara itu, Pegawai APM Sik, Lt (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya satu CDERT-C di setiap mukim dearah ini.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.