PATANI- Ribuan pemudi Patani berhimpun dalam Perhimpunan Tiang Negara di Muzium Wakaf Anak Ayam hari ini. Himpunan anjuran Salisah Patani dan Cap- Women itu bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Ia dimulakan dengan ucapan wakil pemudi Patani, persembahan nasyid dan pidato dan ucapan Ketua CAP oleh Muhammadal Adi Dengni. Program kemudian diteruskan dengan lawatan ke Muzium Quran, dan ceramah ...

KUALA TERENGGANU-Kuliah Ustaz Azhar Idrus ( UAI) bagi bulan Mei akan bermula esok. Menerusi jadual rasmi dikeluarkan (gambar) malam ini, UAI akan menyampaikan 19 kuliah mulai 10 Mei hingga 31 Mei ini. Kesemua ceramah diadakan di Terengganu melainkan kuliah pada 19 Mei dan 20 Mei diadakan di Kelantan. Kuliah berkenaan turut boleh diikuti secara langsung di saluran Youtube rasmi UAI seperti ...

KUALA LUMPUR-Filipina Bawah 23 tahun (B-23) menyukarkan Indonesia (B-23) untuk layak ke separuh akhir Sukan SEA 2021 selepas mengikat tuan rumah Vietnam 0-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan A di Stadium Viet Tri malam ini. Keputusan di luar jangkaan itu melonjakkan Filipina di tangga teratas Kumpulan A dengan empat mata, diikuti Vietnam di tempat kedua. Indonesia yang tewas 3-0 kepada tuan ...

KUALA LUMPUR-Aksi Kumpulan B Sukan SEA membabitkan Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) menentang Thailand (B-23) penuh kejutan apabila skuad negara yang hadir dengan persiapan singkat menang 2-1 di Stadium Thien Truong, Vietnam malam ini. Pertemuan sengit kedua-dua pasukan menyaksikan Thailand terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Patrik Gustavsson minit ke-33. Jaringan itu tidak mematahkan semangat pasukan negara sebaliknya skuad kendalian ...

PATANI-Kira-kira 15,000 pemuda Patani Darussalam berkumpul dalam Perhimpunan Melayu Raya 2022 pada hari raya ketiga Aidilfitri. Himpunan bertema Pemuda Harapan Kedamaian terbesar itu dibuat di Pantai Teluban Saiburi. Program bertujuan mengangkat kedaulatan Patani Darussalam itu mengumpulkan pemuda dari seluruh pelusok Kampung dari tiga wilayah selatan Thailand iaitu Narathiwat, Yala dan Patani. Pelbagai bendera mewakili persatuan dan kampung dikibarkan oleh para ...

KUALA LUMPUR-Indonesia bersiap sedia memburu kemenangan ke atas tuan rumah Vietnam pada perlawanan pertama Kumpulan A Sukan SEA 2022 di Stadium Viet Tri, Phu Tho, esok. Ketua Jurulatihnya, Shin Tae-yong berkata, para pemainnya dalam kondisi terbaik bertemu Vietnam dan siap bekerja keras menghadapi perlawanan itu. "Kami harap pemain fokus, disiplin dan berjuang maksimal demi meraih kemenangan. Sejak saya melatih Indonesia, ...

MIRI- Lain negeri, lain tradisi dan budaya. Di Sarawak tradisi mengecat rumah akan dibuat oleh kebanyakan keluarga setiap kali tibanya Aidilfitri menjadikan suasana lebih girang dan ceria. Pengalaman itu dikongsi Rahman Hashim dari Kedah yang meraikan Aidilfitri di rumah isterinya di Sarawak. "Kemeriahan raya di Kuching Sarawak, apabila menjelang hari raya, setiap pemilik rumah akan sibuk membuat persiapan, kebanyakan rumah ...

KUALA KETIL- Kemeriahan Aidilfitri di seluruh negara amat dirasai setelah dua tahun umat Islam terpaksa meraikan di rumah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19. Surau Al Barakah Kampung Tembak B tidak terkecuali menerima bahang kemeriahan apabila seramai 300 jemaah termasuk kanak-kanak hadir untuk menunaikan solat Aidilfitri pagi tadi. Jemaah, Ilyas Salleh berkata, jumlah kehadiran itu paling tertinggi pernah direkodkan oleh ...