Ini punca Thailand tidak dipilih tuan rumah Piala AFF Suzuki

Impian Thailand jadi tuan rumah tahun ini lebur

KUALA LUMPUR-Hasrat Thailand untuk menjadi tuan rumah Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Suzuki 2020 berkecai selepas tewas dalam undian bidaan.

Menurut Asean Football, Thailand hanya memperoleh skor tiga undian berbanding Singapura yang menerima enam undian.

Keputusan itu menyaksikan Singapura akan dipilih sebagai tuan rumah bagi edisi kali ini.

Thailand menerima undian dari negara Loas , Kemboja dan Myanmar.

Manakala, Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Vietnam, dan Timor Leste memilih mengundi Singapura.

Tiga stadium akan digunakan Singapura bagi kejohanan edisi ke-13 itu ialah Stadium Nasional Singapura, Stadium Bishan, dan Stadium Jalan Besar.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.