KUALA LUMPUR- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Negeri Kedah memberi kata dua kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24. Ketua Pengerusi Perhubungan PUTRA Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, atas ihsan sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri diminta tidak lupa janji untuk menyelesaikan kes itu atau bakal berdepan kemarahan rakyat. Menurutnya, ...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita bukan Islam memohon untuk memeluk agama Islam sebelum ditidurkan di sebuah hospital negara ini. Video wanita itu mengucapkan dua kalimah syahadah dengan mengangkat jari telunjuk tangan kanan tular di media sosial, hari ini. Wanita dijangkiti COVID-19 dipercayai berbangsa Cina itu mengucapkan dua kalimah syahadah dengan dibimbing petugas kesihatan. Netizen beragama Islam rata-ratanya tersentuh dengan keikhlasan ...

NARATHIWAT- Seorang orang awam maut dan seorang lagi cedera dalam satu kes tembakan. Kes berlaku pada 15 Ogos lalu di Mukim Resak di sini pada jam 2.40 pagi menurut media tempatan. Tidak dapat dipastikan motif dan pihak bertanggungjawab dalam insiden berkenaan. RENTAS7/ Photo: T.I.N ...

KOTA KINABALU – Tanpa penonton, sambutan Hari Malaysia 2021 di Pusat Persidangan Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu Sabah pada semalam tetap meriah. Sambutan berskala kecil yang hanya melibatkan 62 orang tetamu jemputan. Pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dipantau sepanjang majlis berlangsung termasuk keperluan wajib untuk dua dos vaksin lengkap bagi petugas dan tetamu jemputan. “Malaysia Prihatin” terus dikekalkan sebagai ...

KUALA LUMPUR-Ranking skuad negara kekal di tangga 154 menurut kemas kini ranking FIFA, hari ini. Kedudukan itu sama seperti pada 12 Ogos lalu dengan kemas kini terbaru akan dibuat pada 21 Oktober lalu. Malaysia berada di tangga kelima bagi zon Asia Tenggara dan di kedudukan 31 bagi Asia. Tangga pertama di Asia Tenggara kekal dihuni Vietnam yang kini berada di ...

KULIM- Kanak-kanak India berusia enam tahun yang hilang daripada pangkuan keluarga pada hari ini ditemui dengan selamat. Mangsa berasal daripada sebuah flat di sini dipercayai tersesat selepas keluar dari rumah. Kanak-kanak berkenan telah diserahkan pihak polis kepada keluarganya.   RENTAS7 ...

KUALA KETIL - Surau Al Barakah Kampung Tembak B menerima sumbangan tunai daripada orang ramai bagi membeli set lengkap pembesar suara. Ahli Jawatankuasanya, Ilyas Salleh berkata sumbangan itu membolehkan azan dilaungkan menggunakan pembesar suara seperti biasa setelah peralatan itu dicuri kira-kira dua minggu lalu. "Kami mendoakan semua yang menyumbang sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah," katanya hari ini. Pada 31 Ogos ...

AlOR SETAR- Kedah menyambar slot Piala AFC tahun depan setelah membenam Melaka 4-1 di Stadium Darul Aman malam ini. Keputusan itu membolehkan Kedah dinobatkan sebagai naib juara Liga Super. Pesaing terdekat Pulau Pinang pula terpaksa akur apabila sekadar seri 2-2 dengan Terengganu di laman sendiri sekaligus gagal dalam pemburuan ke Piala AFC. Lain-lain keputusan menyaksikan JDT menyambut kemenangan juara Liga ...

KULIM - Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) daerah Kulim tampil membantu beberapa keluarga B-40 di Kampung Sungai Ular dan Taman Sri Mahkota hari ini. Pengerusinya, Mohd Hadi Firdaus Ang berkata, mereka yang dibantu melibatkan warga emas, keluarga OKU, dan ketua keluarga terkesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). "Semoga dengan sedikit sumbangan berupa barangan dapur, susu, sanitizer, pelitup muka dan wang zakat ...

KUALA KETIL - Demi mengangkat martabat Bahasa Melayu, RENTAS7 menyampaikan sumbangan sejumlah buku novel dan puisi kepada Maahad Tahfiz Al Naim di sini hari ini. Jurucakapnya, Mohd Zukhi Ghazali berkata, buku-buku Bahasa Melayu berkenaan disumbangkan menerusi progam' Semarak Bahasa Ibunda'. Menurutnya, sumbangan buku-buku tersebut kepada RENTAS7 oleh Novelis Singapura, Bunda Rohani Din. "Buku-buku ini diamanahkan oleh Novelis dari Singapura, Bunda ...