Pemuda Patani terima sumbangan bola RENTAS7

Pemuda Kampung Nakho Hilir memulakan latihan pertama dengan bola sepak kelmarin

PATANI – Pemuda Kampung Nakho Hilir tidak dapat menyembunyikan kegembiraan apabila menerima sumbangan peralatan sukan daripada media RENTAS7.

Sumbangan dalam bentuk tunai itu dibuat baru-baru ini.

Jurucakap Media RENTAS7 Wilayah Patani, Sofia Harun berkata, pihaknya tampil menyumbang tunai selepas mendapat tahu anak-anak muda di kampung berkenaan amat memerlukan kelengkapan sukan untuk pasukan bola mereka.

Menurutnya, kewangan mereka bagaimanapun terhad untuk membeli keperluan diperlukan.

“Wakil kami di sana memaklumkan pemuda Kampung Nakho Hilir memerlukan sumbangan peralatan sukan seperti jaring gawang, bola sepak dan lain-lain.

“Untuk memastikan impian mereka tercapai, media RENTAS7 menyumbangkan sedikit tunai bagi membantu pemuda Kampung Nakho Hilir menyediakan peralatan diperlukan.

“Walaupun kami tidak dapat membantu menyediakan semua peralatan, tetapi kami gembira dapat membantu,” katanya.

Sumbangan dibuat kepada wakil pemuda Kampung Nakho Hilir, Ismaair L Baheam.

Sementara itu, Ismaair berkata, beliau mewakili pemuda Kampung Nakho Hilir merakamkan terima kasih kepada media RENTAS7 di atas bantuan itu.

“Semuanya amat teruja memulakan latihan pertama kelmarin.
Terima kasih RENTAS7,”katanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.