Malaysia bertemu Uzbekistan dan Jordan

Malaysia serius mempersiapkan pasukan menjelang Piala AFF Suzuki dan kelayakan Piala Asia

KUALA LUMPUR– Dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier Satu bakal ditempuhi skuad kebangsaan pada Oktober depan.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe dijadual bertemu Jordan di ranking ke-93 dunia pada 6 Oktober dan bertemu Uzbekistan di ranking ke-84 dunia pada 9 Oktober.

Kedua-dua perlawanan itu akan diadakan di Amman Jordan.

Menerusi dua perlawanan itu, Tan Cheng Hoe dilihat serius mempersiapkan pasukannya menghadapi kempen Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Suzuki 2020.

Malah, beliau pasti mahu menggunakan peluang bertemu dua pasukan handalan itu sebagai persediaan menghadapi kelayakan pusingan ketiga Piala Asia 2023 yang dijadualkan pada Mac tahun depan sekaligus memastikan Malaysia layak ke kejohanan terbesar di rantau ini.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.