Lelaki jual lukisan antik RM50,000

Lukisan ini dijual RM 50,000

KUALA KETIL– Seorang lelaki ingin menjual sebuah lukisan antik (gambar) dengan harga RM50,000.

Pemilik lukisan antik, Mohd Zukhi Ghazali, 55, berkata, lukisan yang memaparkan pemandangan di sebuah kampung nelayan itu telah berusia lebih 50 tahun.

“Lukisan ini dibeli oleh arwah ayah saya. Tarikh lukisan dan nama pelukisnya ada tertera pada gambar.

“Saya sangat sayang dengan lukisan ini tetapi mahu melepaskannya dengan harga RM50,000, jika ada tawaran,” katanya.

Mohd Zukhi menunjukkan lukisan antik yang ingin dilepaskan

Mohd Zukhi berkata, lukisan itu semestinya mempunyai nilai tersendiri bagi penggiat dan pencinta seni.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Mohd Zukhi Ghazali di talian 017-5333107.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.