“Itu bukan tulisan dan karya saya”

Asri menafikan tulisan dan puisi tersebut ditulisnya

KUALA LUMPUR-Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menafikan tulisan dan puisi menghentam DAP  ditulis olehnya.

Asri menafikan perkara berkenaan di Facebook sebagai respon kepada pertanyaan ramai yang menuntut penjelasan beliau terhadap karya yang sedang tular di media sosial.

“Ada pihak yang menyebarkan mesej ini bersama gambar saya. Ada yang bertanya apakah tulisan dan puisi karangan saya?

“Jawapannya: Tidak! Itu bukan tulisan dan karya saya. Nama saya hanya untuk tulisan saya. Riwayat palsu tidak diterima. Harap maklum,”katanya hari ini.

Asri menafikan tulisan dan puisi tersebut ditulisnya

Terdahulu, tulisan dan puisi bertajuk “Lima sebab bangsa DAP langcang mengusir Dr Zakir Naik” menggunakan gambar Asri tular.

Zakir, pendakwah yang kurang disenangi pemimpin tertinggi DAP.

Mereka lantang mendesak penceramah berasal dari India itu diusir ke negara asalnya, mencetuskan rasa kurang senang majoriti umat Islam negara ini.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.