GAZA- Tujuh kes baharu dijangkiti wabak COVID-19 direkodkan di bumi Gaza semalam menjadikan jumlah terkini di Palestin sebanyak sembilan kes. Aktivis Palestin, Omar Seyam berkata, kes terbaru itu diumumkan pihak kementerian kesihatan di Gaza. "Kesemuanya (dijangkiti) merupakan pegawai keselamatan yang pernah bertemu dengan dua pesakit Covid-19 sebelum ini,"katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya semalam. Gaza sebelum ini mencatatkan dua kes ...
MEGAT DEWA- Ahli Jawatan kuasa Surau Al Falah Pida 1 di sini bergotong royong membersihkan surau bagi mengelakkan pandemik COVID19, hari ini. Imam Surau Al Falah Pida 2, Shah Jaafar berkata, enam AJK surau berusia 50 tahun ke atas terlibat dalam gotong royong berkenaan. "Gotong royong bagi menyahkan COVID-19 ini pertama kali diadakan, ia akan diteruskan pada setiap minggu,"katanya kepada ...
ALOR SETAR-Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM) menyifatkan rakyat bertuah mempunyai Perdana Menteri seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pengerusinya, Datuk Mustafa Idrus berkata, sejak dari awal COVID-19 menyerang negara, Tan Sri Muhyiddin memberikan komitmen tinggi membantu rakyat. Menurutnya, beberapa inisiatif diumumkan beliau membuktikan kerajaan serius membantu rakyat tanpa mengira ideologi politik. "Baru-baru ini kerajaan memperuntukan dana sebanyak RM500 juta ...
PUTRAJAYA- Mesyuarat Kabinet diadakan semalam meluluskan pemotongan dua bulan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri bagi disalurkan kepada Tabung Covid-19. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, langkah ini membuktikan kesungguhan kerajaan membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak COVID-19. "Tabung COVID19 telah dilancarkan pada 11 Mac sebagai satu usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu,"kata ...
PUTRAJAYA - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) selaku peneraju agenda sains, teknologi dan inovasi (STI) negara telah mengambil beberapa inisiatif dalam usaha untuk membendung wabak Covid-19 yang kini menular. Bagi menyokong dan mendukung sasaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mencapai 16,000 ujian sehari bermula April ini, seperti diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah kelmarin, MOSTI telah mengambil ...
PADANG SERAI- Penduduk Parlimen Padang Serai dan DUN Merbau Pulas di sini memohon pihak berwajib menyalurkan bantuan terutamanya bekalan makanan kepada penduduk terjejas COVID-19. Presiden Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Padang Serai (SMPS), Hamzah Abd Rahman (gambar) berkata, berdasarkan laporan diterima, penduduk belum menerima bantuan sewajarnya. "Saya selaku Presiden SMPS berasa amat terkilan selepas menerima aduan daripada penduduk setempat. "Mereka ...
KUALA LUMPUR- Umat Islam diseru berpuasa sunat pada setiap Isnin dan Khamis sebagai satu ikhtiar dijauhi wabak COVID-19. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, masjid dan surau pula digalakkan mengalunkan bacaan al-Quran. "Saya menyeru sekalian umat Islam untuk berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis, serta digalakkan masjid dan surau untuk mengalunkan bacaan Al-Quran sebelum dan selepas Azan. ...
PATANI- Solat jumaat pada minggu ini di tiga wilayah selatan Thailand masih dibenarkan. Perkara itu diputuskan selepas Majlis Ulama Syura Patani mengadakan mesyuarat bersama Badan Kesihatan Awam (gambar) pada 22 Mac, susulan penularan wabak penyakit COVID-19, lapor Wartani. Keputusan itu diiringi dengan kebenaran dari Pusat Syaikhul Islam Kerajaan Thailand. Antara organisasi lain yang hadir dalam mesyuarat tersebut adalah pemimpin agama ...
BALING- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Abd Nasir Idris merayu kepada Kerajaan negeri Kedah supaya menyegerakan bantuan kepada rakyat terjejas COVID-19. Beliau berkata, sudah empat hari Kedah mengumumkan inisiatif kerajaan negeri menangani COVID-19 . Namun katanya, hingga kini beliau melihat tiada pergerakan untuk tujuan itu khususnya dalam DUN Bayu. "Saya ADUN Bayu merayu kerajaan Kedah ( Exco angkat) ...
IPOH-Pencetus Umah ( PU) Syed ditipu scammer selepas terpedaya dengan jualan topeng muka di atas talian. PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak berkongsi pengalamannya itu di Facebook. "Ambe dah kena tipu dgn scammer ni! Mohon semua hati-hati terbang sia-sia RM 57 beri kat puak- penipu ni!,"tulisnya di Facebook, hari ini. PU musim ketiga itu berkata, topeng muka ...













