KUALA LUMPUR- Sesi rawatan yang menunjukkan lelaki "membuang" COVID-19 daripada tubuh seorang warga emas ke dalam botol, tular di media sosial. Video berdurasi 1.18 saat itu menunjukkan perawat melakukan simbolik menarik sesuatu daripada tubuh lelaki berkenaan sebelum mencampaknya ke dalam botol. Kedengaran dalam rakaman perawat menyebut perkataan"COVID19 ditanggal atau ditangan (kurang jelas) turun.. turun". Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tarikh dan ...

PATANI- Seorang remaja maut manakala rakannya cedera dibelesah tentera Thailand dalam satu kejadian 25 Mac lalu di Mukim Krisik Daerah Muang. Memetik laporan Media Informasi News (MIN), kejadian menurut penduduk berlaku jam 2.30 pagi (waktu tempatan). Mangsa maut dikenali sebagai Rusdi Tamat berusia 13 tahun. Kedua-dua mangsa dilaporkan keluar dari rumah untuk membeli makanan mengunakan sebuah motosikal. Mereka kemudian ditahan ...

ALOR SETAR- Seramai 91 orang yang terdiri daripada pengawal keselamatan, pekerja kebersihan dan anggota khidmat sokongan (AKP) menerima sumbangan berupa barangan makanan keperluan harian daripada warga Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN), hari ini. Mereka merupakan petugas di Jabatan Pendidikan Kedah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Setar, PPD kubang Pasu dan Pusat Kurikulum Negeri Kedah. Sumbangan disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan ...

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang meninjau amalan penjarakan sosial orang ramai di sebuah pasar raya, hari ini. Hasil tinjauan, Tan Sri Muhyiddin berkata, semakin ramai yang peka mengenai keperluan penjarakan sosial. "Pagi tadi saya sempat turun ke sebuah pasaraya di Kuala Lumpur. Cari barang-barang sedikit sambil melihat amalan orang ramai di pasaraya. "Alhamdulillah, ramai sudah ...

ALOR SETAR-Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM) herharap kerajaan menguar-uarkan secara meluas kaedah memohon bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus (gambar) berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi mengelakkan ada pihak tertentu mengambil kesempatan kepada rakyat. "Masih ramai yang belum tahu kaedah memohon bantuan diumumkan terutamanya golongan warga emas. "Bagi mengelakkan pihak seperti "scammer" mengambil kesempatan, ...

  BAGAN SERAI- Seramai 13 jemaah di sebuah masjid di sini ditahan selepas ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mereka ditahan polis selepas solat Isyak berjemaah malam ini. Pejabat Agama daerah Bagan Serai dalam satu kenyataan berkata, penahanan itu dibuat hasil rondaan dan pemantauan berterusan yang dilakukan oleh penguatkuasa agama bersama PDRM di sekitar Bagan Serai. "Seramai 13 org Jemaah ...

BALING- Penduduk daerah Baling dinasihati berjimat cermat menggunakan bantuan kerajaan yang akan disalurkan mulai April. Setiausaha Kehormat Pertubuhan Kebajikan Penduduk daerah Baling (Perkeba) Mohd Nazry Md Bidin ( gambar) bantuan berkenaan perlu digunakan mengikut keperluan penting sahaja. "Perkeba mengucapkan jutaan terima kasih di atas pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri semalam. Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat prihatin dengan masalah rakyat. ...

KUALA LUMPUR- Rakyat Malaysia diseru mengubah mentaliti seperti anggota tentera dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April depan. Pesanan itu dititipkan pemilik akaun Facebook bernama Razali Md Daud. "Wahai rakyat Malaysia, saya dengan rendah diri memohon untuk mengubah mentaliti untuk 30 hari..tak lama pun..untuk anda mempunyai mentaliti seperti kami. "Tentera darat boleh duduk dalam hutan atau ...

SUNGAI-PETANI- Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin siang tadi membuktikan kerajaan mengutamakan rakyat berbanding agenda lain. Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus (gambar) berkata, setiap pemberian kerajaan perlu disyukuri seluruh rakyat Malaysia. "Keperihatinan pemerintahan Tan Sri Mahyuddin terhadap rakyat amatlah disyukuri. Semoga ALLAH memberkati beliau dan barisan Kabinetnya. "Pentadbirannya lebih cekap, ...

KUPANG- Pematuhan rakyat terutamanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semakin baik. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Brigadier Jeneral ( B ) Najmi berkata, penduduk semakin mematuhi arahan berada dalam rumah sejak askar dan polis bekerjasama dalam PKP pada Ahad lalu. Menurutnya, kerjasama daripada penduduk diharap diteruskan sehingga 14 April depan. "Alhamdulillah, hari ini ...