Budak sekolah ditahan tunggang motosikal curi

ALOR SETAR- Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun ditahan polis di belakang sebuah pasar raya di Kulim kerana menunggang motosikal curi.

Ketua Polis daerah Kulim, Superintendan Mohd Yusof Shaari berkata, remaja itu ditahan pada 28 Jun lalu dalam Operasi Ops Samseng Jalanan kerana menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati motosikal digunakan ialah kenderaan curi dan masih hilang.

“Hasil siasatan mendapati motosikal itu dilaporkan hilang sejak tahun lalu di Kulim Hi Tech.

“Suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kulim untuk siasatan sebelum dipindahkan ke Balai Polis Kulim Hi Tech,”katanya.

Remaja terbabit tengah sedang disoal siasat anggota polis

Kes disiasat bawah Seksyen 379 A Akta Pengangkutan Jalan (APJ).
tamat

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.