Gaji Kabinet Muhyiddin dipotong dua bulan Bantu rakyat

PUTRAJAYA– Mesyuarat Kabinet diadakan semalam meluluskan pemotongan dua bulan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri bagi disalurkan kepada Tabung Covid-19.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, langkah ini membuktikan kesungguhan kerajaan membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak COVID-19.

“Tabung COVID19 telah dilancarkan pada 11 Mac sebagai satu usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu,”kata kenyataan itu hari ini.

Sehingga semalam, jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM8,493,103.48.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.