Jumaat tarikh lihat anak bulan Syawal

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, mengisytiharkan bahawa tarikh melihat anak bulan Syawal ialah pada petang Jumaat, 22 Mei 2020 Masehi bersamaan 29 Ramadan 1441 Hijriah.

2. Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan
melihat anak bulan Syawal Ketika Perintah Kawalan Pergerakan adalah seperti tersebut:-

2.1 Cerapan anak bulan dilaksanakan di 15 lokasi terpilih iaitu:

2.1.1. Pontian Kecil, Johor

2.1.2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu,
Tanjung Bidara, Melaka

2.1.3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus

2.1.4. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan

2.1.5. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak Darul Ridzuan.

2.1.6. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

2.1.7. Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

2.1.8. Balai Besar, Kuala Terengganu, Terengganu.

2.1.9 Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan.

2.1.10 Teluk Bandung, Kuching, Sarawak.

2.1.11 Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.

2.1.12 Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang.

2.1.13 Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa, Labuan.

2.1.14 Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.

2.1.15 Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

3. Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari
Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

4. Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan pada malam itu
juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui Radio dan Televisyen.”

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,
KUALA LUMPUR

Rentas7.com

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.