PU diperdaya scammer topeng muka, minta semua berhati-hati

IPOH-Pencetus Umah ( PU) Syed ditipu scammer selepas terpedaya dengan jualan topeng muka di atas talian.

PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak berkongsi pengalamannya itu di Facebook.

“Ambe dah kena tipu dgn scammer ni! Mohon semua hati-hati terbang sia-sia RM 57 beri kat puak- penipu ni!,”tulisnya di Facebook, hari ini.

PU Syed memohon orang ramai berhati-hati

PU musim ketiga itu berkata, topeng muka itu ditunggu sejak Jumaat lalu.

“Dari hari Jumaat sampai sekarang tak dapat-dapat mask yang dijanjikan! Last sekali langsung tak balas WhatsApp ambe

“Ambil kesempatan di saat manusia lain memerlukan!,”katanya.

Topeng muka menjadi keperluan ramai berikutan penularan wabak COVID-19 dan bekalannya di pasaran berkurangan.

Bagi mengatasi masalah itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan, kerajaan memutuskan untuk mengagihkan topeng muka secara percuma kepada rakyat Malaysia memerlukan.

Rentas7.com

 

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.