“Semoga kita dapat solat jemaah seperti biasa”

13 jemaah ditahan selepas solat Isyak berjemaah

MEGAT DEWA- Ahli Jawatan kuasa Surau Al Falah Pida 1 di sini bergotong royong membersihkan surau bagi mengelakkan pandemik COVID19, hari ini.

Imam Surau Al Falah Pida 2, Shah Jaafar berkata, enam AJK surau berusia 50 tahun ke atas terlibat dalam gotong royong berkenaan.

“Gotong royong bagi menyahkan COVID-19 ini pertama kali diadakan, ia akan diteruskan pada setiap minggu,”katanya kepada Rentas7.hari ini.

Seorang AJK sedang berehat selepas penat membersihkan surau

Beliau berkata, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menyekat rantaian jangkitan COVID19 dilaksanakan, hanya AJK surau dapat menunaikan solat berjemaah di surau itu.

“Marilah kita mendoakan agar COVID-19 dihapuskan ALLAH. Semoga kita semua dapat solat berjemaah seperti biasa.

“Dalam masa sama, patuhlah pada arahan kerajaan supaya kita dapat keluar daripada musibah ini,”,katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.