Covid19: Umat Islam disaran puasa sunat

KUALA LUMPUR– Umat Islam diseru berpuasa sunat pada setiap Isnin dan Khamis sebagai satu ikhtiar dijauhi wabak COVID-19.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, masjid dan surau pula digalakkan mengalunkan bacaan al-Quran.

“Saya menyeru sekalian umat Islam untuk berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis, serta digalakkan masjid dan surau untuk mengalunkan bacaan Al-Quran sebelum dan selepas Azan.

“Semoga dengan segala ikhtiar, ibadah dan doa sebagai hamba-NYA, kita semua akan dilindungi dan dijauhi daripada wabak COVID-19.Kepada Allah kita berserah,”katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Di Malaysia setakat malam ini, sebanyak 1796 kes dijangkiti wabak COVID-19 direkodkan manakala kematian akibat wabak itu meningkat kepada 19 kes.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.