Krisis air, Terengganu Bantu rakyat Selangor

Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

KUALA LUMPUR– Rakyat Selangor tidak dibiar bersendirian menghadapi krisis bekalan air.

Sebaliknya, mereka yang terjejas bekalan air menerima bantuan daripada Syarikat Air Terengganu (SATU).

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, SATU telah menghantar bantuan bekalan air bersih kepada rakyat sekitar Klang, Selangor untuk kegunaan harian.

“Bantuan mula dihantar semalam dan dijangka akan berakhir pada minggu hadapan.

“Semoga dipermudahkan setiap urusan rakyat di sana,”katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Krisis air di Selangor bermula 3 September lalu apabila sebanyak 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Gombak mengalami bekalan air tidak berjadual bermula jam 10 pagi.

Masalah itu berlaku apabila Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas selepas berlakunya pencemaran air mentah di kawasan Sungai Gong yang berpunca daripada kilang selenggara mesin dan jentera di Rawang.

Rentas7.com/Foto: FB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.