Kerajaan tak lupa peniaga kecil

Najmi dari kanan menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima

BALING-Kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan nasib golongan B-40 terutamanya mereka yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.

Bagi meringankan beban, seramai 30 penduduk berpendapatan rendah termasuk peniaga kecil menerima bantuan COVID-19 secara sekali beri berjumlah RM 300.

Bantuan disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Datuk Najmi Ahmad di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) hari ini.

Najmi berkata, sumbangan berkenaan merupakan lanjutan daripada bantuan awal yang telah diberikan PKWR dan Pejabat Daerah Baling sebelum ini.

“Setakat ini hampir 300 indvidu dalam DUN Kupang yang berkelayakan telah menerima bantuan COVID-19 daripada kerajaan negeri.

“Ia disalurkan PKWR DUN Kupang melalui beberapa fasa termasuk bantuan daripada Pejabat Daerah Baling,” katanya.

Beliau berkata, bantuan susulan melibatkan seramai 86 orang lagi akan disalurkan melalui bantuan berikutnya.

Turut hadir dalam majlis serahan bantuan itu adalah Pegawai Khas PKWR DUN Kupang, Hassan Saad.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.