KUALA LUMPUR -Skuad Bawah 17 Tahun (B-17) negara memperoleh persiapan terbaik menjelang Kelayakan Piala Asia B-17 2027 apabila dijemput menghadapi Indonesia dalam kejohanan Garuda Championship Series 2026 di Surakarta, Indonesia. Perlawanan ini turut menjadi pentas menarik buat tuan rumah yang pastinya mahu membalas kekalahan 1-0 kepada Malaysia pada Kejuaraan B-17 ASEAN di Indonesia, April lalu. Dalam kejohanan tersebut, Malaysia muncul ...

KUALA LUMPUR -Jika ada pasukan yang akan menjulang Piala Dunia 2026 tetapi tidak diberikan harapan tinggi, Jepun adalah pasukannya. Berbekalkan pemain-pemain berbakat, Jepun berada di kedudukan terbaik untuk mara ke pusingan kedua hasil seri 2-2 menentang Belanda dan kemenangan besar 4-0 ke atas Tunisia. Jangkaan skuad ini akan muncul juara bukan berdasarkan keputusan terbaru semata-mata, tetapi kerana Jepun sudah lama ...

KUALA LUMPUR -Mexico menjaringkan gol "curi ayam" dalam kemenangan penting 1-0 ke atas Korea Selatan di Stadium Guadalajara pagi tadi. Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke-50 menerusi Luis Romo yang pantas menyambar bola terlepas daripada genggaman penjaga gol Korea Selatan selepas berlaku perlanggaran dengan rakan sepasukan sendiri di kawasan penalti. Walaupun tewas, Korea Selatan sebenarnya lebih banyak menguasai permainan ...

KUALA LUMPUR -Seluruh mata peminat bola sepak Asia kini terarah ke Dallas Stadium (AT&T Stadium), Arlington, Texas, Amerika Syarikat apabila Jepun dijadual turun beraksi menentang Belanda pada jam 4.00 pagi nanti. Sebagai wakil keempat Asia, Jepun memikul tanggungjawab besar untuk meneruskan momentum cemerlang benua itu selepas tiga wakil Asia lain mencatat keputusan memberangsangkan dalam aksi pembukaan masing-masing. Korea Selatan memulakan ...

KUALA LUMPUR -Boleh dikatakan semua pasukan ASEAN, kecuali Malaysia, mengambil kesempatan mengasah taring menerusi perlawanan persahabatan Tier A dalam kalendar FIFA. Sebaliknya, skuad kebangsaan yang terpalit dengan kontroversi dan skandal tujuh pemain warisan palsu hanya berdiam diri seribu bahasa. Skuad kebangsaan sekadar mampu menyaksikan pasukan-pasukan serantau meningkatkan kualiti permainan di atas padang, termasuk mencatatkan kemenangan yang membanggakan. Kemboja, pasukan yang ...

  Meskipun turun dengan prestasi yang tidak menentu, Vietnam tetap mempunyai kelebihan besar untuk melangkah ke Piala Asia 2027. Meskipun sekadar di tangga kedua kumpulan, peluang mereka ke pentas akhir sangat cerah, lebih-lebih lagi apabila Malaysia berdepan kemungkinan dipotong enam mata susulan kes pemain warisan yang masih belum diputuskan AFC. Tidak masuk akal sekiranya skuad kebangsaan yang telah didapati bersalah ...

  KUALA LUMPUR -Manis-manis yang ditunggu penyokong, termasuk harapan tinggi yang dimainkan di beberapa halaman sukan, akhirnya kembali kepada kenyataan sebenar apabila FAM disahkan bersalah oleh FIFA. Dalam keputusan terbaharu dikeluarkan 3 November, badan induk dunia itu mengekalkan hukuman ke atas FAM serta tujuh pemain warisan kontroversi selepas FAM gagal membuktikan asas kukuh terhadap dakwaan pemalsuan dokumen. Perkembangan ini menyaksikan ...

  KUALA LUMPUR-Antara senjata utama skuad Malaysia di bawah bimbingan K. Rajagobal suatu ketika dahulu banyak bergantung kepada kemahiran menggelecek Mat Yo di dalam kawasan penalti. Pemain sayap lincah yang nama sebenarnya Norshahrul Idlan Talaha itu sering menjadi duri dalam daging pertahanan lawan dengan keupayaannya mengawal bola hampir ke garisan gol tanpa keluar padang, sebelum melorongkan hantaran tepat untuk disudahkan ...

KUALA LUMPUR -Bermain baik untuk kelab di Liga Super, tetapi berat untuk berlari dan tumpul ketika bersama pasukan kebangsaan. Itulah penyerang naturalisasi negara kelahiran Brazil, Guilherme De Paula, yang diberikan kerakyatan dan pernah menyarung jersi Malaysia. Walaupun hadir dengan reputasi hebat di peringkat kelab, sumbangannya untuk negara tidak seberapa. Sepanjang bersama skuad Harimau Malaya, beliau tidak banyak menjaringkan gol, dan ...

  KUALA LUMPUR -Tunku Mahkota Johor (TMJ) menjelaskan bahawa sesiapa sahaja boleh diberikan kerakyatan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menurut kuasa dan budi bicara yang dimiliki oleh jabatan itu. Beliau ketika diasak oleh wartawan berkaitan susur galur tujuh pemain warisan, dengan tenang menyebut bahawa kuasa memberikan kerakyatan tertakluk kepada Akta 299 Seksyen 10A — Peruntukan Khas Mengenai Pendaftaran Kelahiran. “Peruntukan ...