Vateran ATM mahu hantar memorandum kepada Agong

SUNGAI PETANI- Kelab Vateran Komando Malaysia tidak teragak-agak untuk menghantar memerondum kepada Sri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong.

Presidennya, Sani Osman, (dua dari kanan dalam gambar) berkata, pihaknya akan melakukan perkara tersebut sekiranya kerajaan tidak mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba menghidupkan ideologi komunis di negara ini.

“Baru-baru ini, sewaktu Hari Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Tuan-tuan mungkin mendapat maklumat atau video di mana baginda sendiri menyatakan (mengingatkan) kita supaya jangan mendaulatkan parti komunis,”katanya dalam himpunan aman vateran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan gabungan NGO di Dataran Zero Sungai Petani, hari ini.

Beliau berkata, rakyat negara ini perlu mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara.

Terdahulu, ratusan bekas vateran ATM, NGO dan masyarakat berhimpun secara aman di Dataran Zero Sungai Petani bagi membantah tindakan pihak tertentu yang ingin menghidupkan ideologi komunis di Malaysia.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.