LABUAN-Dua buah kapal nelayan pukat tunda yang melanggar syarat sah lesen menangkap ikan di tahan dalam Op Benteng COVID-19 Pasukan Polis Marin (PPM) semalam. Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM WP Labuan, Asisten Superintendan Saidul Maruf Rosli berkata, dua buah kapal itu ditahan di di kawasan laut Tanjung Kubung, Labuan pada jam 4.30 petang oleh bot PPM yang sedang melakukan rondaan. ...

LUMUT- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Perak menahan sebuah bot Indonesia selepas menceroboh perairan negara bagi aktiviti menangkap ikan. Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot berkenaan ditahan di kedudukan 32.1 batu nautika barat laut Pulau Jarak, pagi tadi. "Bot tersebut dinaiki empat kru termasuk tekong warga Indonesia berusia 20 hingga 60 tahun. "Bot berkenaan dikesan ...

KUALA LUMPUR- Sebuah badan berwibawa perlu menilai keperluan bagi memastikan pengurusan yang seragam dilaksanakan bagi mengawal pos kawalan sempadan COVID-19 untuk membuka semula sempadan negara. Sekiranya pas perjalanan kesihatan digital oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dilaksanakan, ia perlu diperakui oleh semua negara di seluruh dunia. Ini memudahkan pengguna mengikuti peraturan yang sama di setiap negara serta melalui prosedur kuarantin ...

KUALA LUMPUR-Hospital Tunku Azizah (HTA) memaklumkan kesilapan fakta berkaitan laporan Harian Metro bertajuk 'Bantulah Omar' yang disiarkan Harian Metro pada 24 Februari 2021. Pengarah HTA, Dr Shamsul Anuar Kamarudin berkata, kesilapan laporan berkenaan adalah berkaitan pesakit. "Hospital Tunku Azizah (HTA) ingin merujuk kepada laporan berita yang telah disiarkan oleh Harian Metro bertarikh 24 Februari 2021, bertajuk "Bantulah Umar" di halaman ...

BALING- Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak menghalang Murid Berkeperluan Khas (MBK) untuk bersukan. Melalui program Virtual Run yang dianjurkan Program Pendidikan Kelas Khas Intergrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) 2021, seramai 21 MBK berjaya menamatkan cabaran berjalan 3,000 langkah, baru-baru ini. Penolong Kanan Khas Pendidikan Khas, Siti Rosni Ahmad, berkata, program dianjurkan dalam talian itu bertujuan melahirkan MBK yang sihat dan ...

PERMATANG PAUH-Galeri Pejuang yang dibina bagi memperingati perjuangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Cherok Tok Kun di sini berada dalam keadaan terbiar . Salah seorang penduduk setempat yang enggan dikenali memaklumkan, bangunan berkenaan sudah lama dibiarkan tidak terurus. "Bangunan ini bagi memperingati Anwar Ibrahim yang dipenjarakan pada zaman Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. "Tapi beberapa tahun kebelakangan ...

KUBANG PASU- Sudahlah tinggal secara haram, masih lagi berani melakukan aktiviti menyalahi undang-undang Itulah yang dilakukan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) cuba menyeludup 21 guni daun ketum seberat 923 kilogram (kg) ke Thailand. Tindakan kesemua PATI itu bagaimanapun dihidu dan dipatahkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen), semalam. Sel Perhubungan Raya, Divisyen Kedua ...

PUTRAJAYA– Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal YB Menteri Kanan Pertahanan Bilangan 8 Tahun 2021 yang dipengerusikan oleh Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob telah bersetuju supaya Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) dibenarkan beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 19 Februari hingga 4 Mac 2021. Kerajaan bersetuju pembukaan RIBI semasa tempoh ...

PUTRAJAYA–Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menyifatkan Malaysia mencipta sejarah apabila telah menerima kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech hari ini. Khairy berkata, beliau bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkesempatan menyambut ketibaan vaksin tersebut yang turut disiarkan secara ...

KUALA LUMPUR-Kumpulan pertama bekalan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech telah tiba di negara ini melalui penerbangan MH604 yang dikendalikan oleh MABkargo Sdn. Bhd. (MASKargo). Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau bersyukur apabila bekalan itu selamat tiba Advanced Cargo Centre (ACC) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10 pagi tadi. "Insya-Allah, Malaysia akan mula melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ...