KULIM-Penduduk Taman Kulim Utama Hi-tech Park terganggu dengan bau busuk yang dibimbangi akibat pelepasan asap dipercayai dari kilang. Salah seorang penduduk ingin dikenali sebagai Azhan berkata, bau busuk itu mula dihidu penduduk sekitar jam 3.45 petang. Menurutnya, dia terganggu dengan bau itu selama lebih kurang 30 minit. "Dah macam bau tandas bocor. Jiran-jiran lain turut mengadu menghidu bau yang amat ...
KUALA LUMPUR- Kedah menjadi penyumbang terbesar kepada pelaburan negara yang mencatatkan RM80.60 bilion pada suku pertama yang berakhir 31 Mac 2021. Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata, ia merupakan kenaikan 95.6 peratus berbanding RM 41.2 bilion setahun lalu. "Jumlah pelaburan langsung asing (FDI) yang diluluskan dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan primer meningkat sebanyak 383.4% kepada RM54.90 bilion pada Januari hingga ...
KUALA LUMPUR- Majikan buta perut! Itulah gambaran buat majikan beberapa buah kilang di Klang dan Shah Alam yang masih melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ada kilang yang beroperasi walaupun tidak disenaraikan dalam perkhidmatan perlu bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan PKP) 3.0. "Ada juga kilang di Shah ...
LUMUT- Sebanyak 110 set bubu naga bernilai RM13,200 dirampas di dua lokasi berasingan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Perak semalam. Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Shahrizam Raman berkata, bubu naga berkenaan dirampas di kedudukan 3.2 dan 3.3 batu nautika barat laut Muara Sungai Perak. Menurutnya, penanda bubu naga itu dikesan ketika bot penguatkuasaan sedang melakukan rutin rondaan harian. ...
KUALA LUMPUR-Gambar yang menunjukkan gelagat seekor anak badak mengajar anaknya makan, bergerak dan berenang mencuit hati netizen. Kedua-dua badak yang dilepaskan di tasik Paya Indah Wetlands (PIW) Dengkil, Selangor yang mencuit itu dikongsi di Facebook Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) hari ini. Kebanyakan netizen yang tersentuh dengan gambar berkenaan meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat sendiri haiwan itu selepas Perintah ...
KUALA LUMPUR-Skuad Harimau Malaya meneruskan latihan bagi menghadapi perlawanan hidup mati menentang Vietnam pada 11 Jun ini. Di bawah jurulatih kecergasan, Martin Stano, pemain memulakan latihan dengan sesi 'Enchance Performance Exercise' di hotel penginapan pasukan di Dubai pagi tadi. Martin berkata, sesi latihan berkenaan penting bagi memastikan kecergasan pemain pulih selepas bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE). Selain itu menurutnya, latihan ...
KUALA LUMPUR-Permainan serba tidak menjadi punca kekalahan 4-0 skuad negara di tangan Emeriah Arab Bersatu (UAE) bagi aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 di Stadium Zabeel Dubai awal pagi tadi. Di sebalik kekalahan memalukan itu, pemain naturalisasi kebangsaan Guilherme De Paula seakan menjadi duri dalam daging bagi Harimau Malaya apabila beraksi longlai sepanjang tempoh permainan. ...
MIRI-Tiga nelayan yang menangkap ikan secara haram pada jarak lebih kurang 20 batu nautika barat Kuala Niah di perairan Miri ditahan pada 1 Jun lalu. Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Md Fauzi Othman berkata, hasil pemeriksaan mendapati dua nelayan tempatan dan seorang nelayan Indonesia itu menggunakan bubu ikan tidak berlesen dan bom ikan. Menurutnya, tindakan tiga nelayan berkenaan bergerak ...
KUALA LUMPUR- Malaysia mencatatkan 126 kes kematian COVID-19 hari ini sekaligus menjadikan ia kes tertinggi di Malaysia setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. "Hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM) mencatatkan kes kematian harian Covid-19 yang tertinggi tiga angka sejak pandemik ini bermula. " Sila duduk di rumah dan amalkan kawalan dan “lockdown” kendiri, ...
KUALA LUMPUR-Pemain berdarah campuran Malaysia- Belgium Dion Cools sah menjadi pemain ke-26 skuad kebangsaan bagi mengharungi baki kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023. Perkara itu disahkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Haji Hamidin Mohd Amin di Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini. Sebelum ini sebuah video pendek Hamidin yang membuat gimik sedang menunggu ...