ALOR SETAR- Lembaga Zakat Negeri Kedah ( LZNK) menutup sementara operasi sepanjang Sekatan Pergerakan Penuh fasa pertama. LZNK dalam satu notis memaklumkan  semua pejabat dan kaunter perkhidmatan ditutup bermula 1 Jun hingga 14 Jun. Bagaimanapun pelanggan masih boleh berurusan seperti biasa melalui laman sesawang rasmi LZNK atau talian WhatsApp dan media sosial rasmi LZNK. Maklumat lanjut boleh dirujuk pada  notis ...

KUALA LUMPUR-Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meluahkan perasaan hibanya di atas pemergian Mufti Negeri Perak Tan Sri Dato' Seri (Dr) Harussani Zakaria. Beliau berkata, Almarhum merupakan seorang yang sangat berjasa besar, khususnya kepada pembangunan Islam di negeri Perak sejak berkhidmat sebagai Mufti Perak selama tiga dekad bermula 1985. Menurutnya, Almarhum turut terkenal dengan karya himpunan fatwanya yang berjudul ...

KUALA LUMPUR- Skuad Harimau Malaya mempunyai peluang menyaingi Emeriah Arab Bersatu (UAE) sekalipun tewas 2-0 kepada Bahrain dalam perlawanan persahabatan malam tadi. Walaupun turut kecundang 4-1 sebelum ini kepada Kuwait, keputusan itu tidak boleh dijadikan ukuran sebenar kekuatan Harimau Malaya ketika ini. Berdasarkan corak permainan ditampilkan malam tadi, skuad kebangsaan mampu mengharungi baki kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala ...

TOKYO- Pasukan ranking pertama Asia, Jepun membelasah Myanmar 10-0 tanpa belas kasihan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 202 dan Piala Asia di Stadium Fakuda Denshi Arena sebentar tadi. Jepun memulakan pesta gol dengan empat gol di separuh masa pertama sebelum menambah enam lagi gol pada separuh masa kedua. Takumi Minamino meledak gol pertama Jepun pada minit ke 8 sebelum menambah ...

SIK- Seekor gajah liar yang menjadikan kebun di Kampung Kota Aur sebagai 'habitat' barunya sejak Selasa lalu ditangkap pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) Sik hari ini. Gajah jantan berusia 60 tahun yang tidak bergading itu ditangkap menggunakan bantuan dua gajah denak dari Pahang, operasi yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi. Lima anggota Angkatan Pertahanan Awam ...

KUALA LUMPUR- Aksi perlawanan persahabatan skuad kebangsaan bertemu Bahrain pada Sabtu ini bakal disiarkan secara langsung di TV1. Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengesahkan perlawanan itu akan ditayang bermula jam 12.15 malam hingga dua pagi. Pastinya pengumuman itu menggembirakan peminat setia pasukan kebangsaan. Malaysia yang dalam persediaan bertemu tuan rumah, Emeriah Arab Bersatu (UAE) bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2022 dan ...

NARATHIWAT- Sebanyak 28 laras senjata AK102 (gambar) hilang dari gedung simpanan kem tentera wilayah ini. Media melaporkan, kesemua senjata berkenaan dikesan hilang sejak 18 Mei lalu. Pasukan tentera dilaporkan sedang menjejaki semula senjata berkenaan. Sementara itu, pihak tentera menemui sebuah bom yang dipasang di sebuah kampung di Mukim Kok'sathong daerah Takbai di wilayah ini. Bahan letupan itu ditemui semalam itu ...

KUALA LUMPUR-Perdana Menteri menuntut pihak berkuasa agama lebih proaktif dengan memperbanyakkan progam kesedaran kepada masyarakat berhubung kepentingan pengambilan vaksin COVID19. Perkara itu ditekankan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Ke-68 pagi tadi. "Saya tegaskan usaha mempromosikan galakan pengambilan imunisasi ini seharusnya tidak terhad kepada kerajaan Persekutuan dan negeri sahaja memandangkan masih ...

NARATHIWAT- Beberapa lelaki tempatan ditahan tentera dalam satu operasi pada 22 Mei lalu. Media tempatan melaporkan, tentera bertindak merampas telefon bimbit dan memeriksa akaun Facebook mereka. Difahamkan, kesemua akaun Facebook lelaki berkenaan telah dinyah aktif. Tidak dapat dikenal pasti punca sebenar operasi tersebut. Rentas7.com ...

KUALA LUMPUR- Harimau Malaya perlu menggunakan peluang menentang Kuwait dalam perlawanan persahabatan malam esok sebagai misi membalas dendam terhadap pasukan itu. Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu ialah pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2006. Malaysia tewas dalam kedua -dua perlawanan yang diadakan pada 31 Mac 2004 di gelanggang sendiri dan 17 November 2004 di gelanggang lawan. Skuad kebangsaan yang ketika itu ...