KUALA LUMPUR- Datuk Ismail Sabri Yaakob kesal apabila difitnah tidak mengikut penjarakan sosial ketika melakukan lawatan kerja di Melaka pada Sabtu lalu. Menteri Kanan (Keselamatan) itu menafikan tidak mengikut penjarakan sosial, namun menjadi bahan fitnah melalui sudut gambar yang diambil. "Beberapa gambar menjadi bahan fitnah terhadap saya dan YAB Ketua Menteri Melaka serta YB Speaker DUN Negeri Melaka sewaktu saya ...

KUALA LUMPUR- Pengendali berusia 64 tahun, Datuk K Rajagobal dilaporkan dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Brunei Darussalam. Memetik Astro Arena, bekas ketua jurulatih kebangsaan itu sah telah dilantik untuk mengendalikan pasukan negara jiran itu. K Rajagobal merupakan tiga calon yang sebelum ini disenarai pendek bagi mengisi jawatan berkenaan. K Rajagobal yang juga bekas ketua jurulatih PKNS FC mempunyai sentuhan cemerlang ...

PUTRAJAYA-Mesyuarat Ke-12 Parti-Parti Kepada Konvensyen Vienna (COP12) Bahagian I dan Mesyuarat Ke-32 Parti-parti Kepada Protokol Montreal (MOP32) telah berlangsung pada 23-27 November 2020. Susulan penularan wabak COVID-19 dan sekatan perjalanan ke luar negara, mesyuarat COP12/MOP32 telah diadakan secara dalam talian. Preparatory Segment diadakan pada 23-26 November 2020 dan diikuti dengan High-Level Segment pada 27 November 2020. Delegasi Malaysia diketuai oleh ...

JITRA- Sebuah surau Al Falah Megat Dewa di sini terpaksa dikunci selepas dijadikan 'port' penagihan dadah. Imam Surau, Isa Jaafar berkata, surau kini hanya dibuka ketika solat fardu jemaah sahaja. "Dah tiga atau empat bulan surau itu terpaksa dikunci di luar waktu solat gara-gara tindakan tiga lelaki menghisap dadah dalam surau ketika luar waktu solat. "Perbuatan mereka dihidu pihak surau ...

ALOR SETAR- Mukim Kulim telah dimasukkan dalam zon merah hari ini. Menurut info grafik Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Mukim Kulim mencatatkan 43 kes positif COVID-19 secara keseluruhan. Bagaimanapun, mukim berkenaan hanya mempunyai 17 kes aktif. Sementara itu, sebanyak 17 kes baru di seluruh negeri Kedah hari ini dengan  daerah Kulim mencatatkan 15 kes, dan satu kes masing-masing di daerah Kuala ...

KUALA LUMPUR-Skuad kebangsaan Brunei Darussalam tampak serius menghadapi kejohanan Piala Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) Suzuki 2020 pada tahun depan. Keadaan negara yang bebas daripada pandemik COVID-19 membolehkan pasukan kebangsaan Brunei menjalani tiga kem latihan bermula September lalu lapor Asean Football yang memetik AFF. Minggu ini, seramai 30 pemain menjalani latihan dibawah ketua jurulatih sementara iaitu Ameer Aziz- Hakim Abdul Lani. ...

KUALA LUMPUR-Lebihan dagangan Malaysia pada Oktober 2020 meningkat kepada RM22.12 bilion, mencatatkan pertumbuhan dua digit 25.9% tahun ke tahun dan merupakan lebihan dagangan yang tertinggi pernah direkodkan bagi bulan Oktober. Eksport bernilai RM91.05 bilion pada Oktober 2020, naik 0.2% berbanding Oktober 2019 dan merupakan nilai eksport ketiga tertinggi direkodkan setakat ini. Peningkatan ini telah disokong oleh kenaikan eksport ke Amerika ...

KUALA LUMPUR- Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Parlimen khususnya daripada Perikatan Nasional (PN) yang menyokong Belanjawan 2021. "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Belanjawan 2021 telah pun diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini. "Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli Parlimen terutamanya Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) ...

SUNGAI PETANI- Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM) memuji komitmen tinggi pasukan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, insiden tembakan yang membunuh dan mencederakan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) membuktikan pasukan keselamatan menjaga negara dengan penuh tanggungjawab dan kesetiaan. "Selang sehari selepas kejadian, kita digemparkan pula dengan berita tembakan ke atas seorang lagi anggota PGA di Bukit ...

BUKIT KAYU HITAM-Belum reda dengan insiden serangan terhadap dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), seorang lagi anggota pasukan berkenaan cedera terkena tembakan. Kali ini serangan berlaku di sempadan Malaysia-Thailand di sini pada  jam 6.15 petang semalam melibatkan anggota Batalion ke-3 PGA. Astro Awani melaporkan, anggota berkenaan sedang melakukan kawalan di Pos M16 sebelum terkena tembakan yang dilepaskan dari arah sempadan ...