Lagi kluster baru di Kedah

ALOR SETAR– Satu lagi kluster baru iaitu Kluster Sungai dikenal pasti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Kedah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks (Kes ke-9455) kluster ini merupakan seorang anggota kesihatan di pusat perubatan tersebut.

“Beliau bergejala sejak 30 Ogos 2020 tetapi tidak mendapatkan rawatan. Ujian saringan COVID-19 dijalankan pada 5 September 2020 dan didapati positif.

“Kes kedua kluster ini (Kes ke-9456) merupakan anggota kesihatan di pusat perubatan di Kedah. Beliau juga merupakan kontak rapat kepada kes indeks,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, individu itu
bergejala sejak 5 September 2020 dan mendapatkan rawatan di pusat perubatan yang sama.

“Ujian saringan COVID-19 dijalankan pada 5 September 2020 dan didapati positif. Kedua-dua kes telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk diasingkan dan diberi rawatan.

“Susulan itu, pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan.

“Sehingga 7 September 2020, seramai 57 orang telah disaring. Daripada jumlah ini
dua kes dikesan positif COVID-19 dan
55 individu masih menunggu keputusan,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.