BALING -Pengerusi Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Kedah, Dato’ Dr Mustaffa Idrus, menyifatkan sambutan kemerdekaan di Dataran Taxi Baling yang menghimpunkan kira-kira 25,000 orang sebagai bukti bahawa semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat masih sangat utuh. Beliau berkata, kemeriahan sambutan itu bukan hanya untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan, tetapi menjadi ruang untuk rakyat daripada pelbagai latar belakang berkumpul dan menzahirkan rasa ...

ALOR SETAR-Pengerusi Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Kedah, Dato' Dr Mustaffa Idrus, menyambut baik tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita lebih 20 buah kenderaan dalam operasi khas selama tiga hari, termasuk sebuah kereta sport yang dilaporkan dimiliki seorang warga Rohingya. Menurut beliau, tindakan penguatkuasaan seperti itu penting bagi memastikan setiap kenderaan yang digunakan di atas jalan raya mematuhi undang-undang dan peraturan ...

KUALA KETIL- Kerja-kerja memasang dan memacakkan bendera sempena sambutan Bulan Kebangsaan selesai dilaksanakan di Kampung Paya Menora petang semalam. Aktiviti tersebut berlangsung pada jam 3.00 petang dan melibatkan seramai 10 orang anggota yang berganding bahu menjayakan kerja-kerja pemasangan bendera di sekitar kawasan kampung. Kerja pemasangan bendera itu merupakan antara usaha masyarakat setempat untuk menyemarakkan lagi suasana sambutan Hari Kebangsaan.   ...

ALOR SETAR -Pengerusi Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Kedah, Dato' Dr Mustaffa Idrus, menggesa kerajaan mengambil tindakan lebih tegas dan menyeluruh berhubung perkembangan masyarakat Rohingya di negara ini yang dilihat semakin meluas dalam pelbagai sektor kehidupan. Beliau berkata, isu berkenaan tidak lagi boleh dilihat semata-mata dari sudut kebajikan dan kemanusiaan, sebaliknya perlu ditangani dari aspek penguatkuasaan undang-undang, keselamatan serta kepentingan ...

ALOR SETAR-Pengerusi Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah, Dato’ Dr Mustafa Idrus, menyokong cadangan rakyat supaya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilibatkan secara lebih langsung dalam menangani isu pelarian Rohingya di negara ini. Beliau berkata, penguatkuasaan terhadap kemasukan dan keberadaan pelarian semakin lemah sehingga menimbulkan kebimbangan serta tekanan dalam kalangan rakyat. “Kerajaan semakin gagal menangani isu ini secara berkesan. Rakyat ...

PATANI-Selatan Thailand kembali bergolak apabila siri kejadian keselamatan dilaporkan berlaku hampir serentak di beberapa lokasi di Patani, Yala, Narathiwat dan Songkhla pada malam Sabtu, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk. Kejadian yang dilaporkan merangkumi pembakaran tayar, pembakaran kenderaan dan bangunan, kerosakan kemudahan telekomunikasi, letupan, tembakan gangguan serta peletakan objek mencurigakan. Di Yala, beberapa kejadian dilaporkan berlaku di daerah Mueang Yala, Raman, ...

KUALA LUMPUR -Isu pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) perlu dilihat secara menyeluruh dan tidak wajar terus dijadikan bahan pertelagahan politik, kata Pengerusi Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Kedah, Dato’ Dr Mustaffa Idrus. Menurut beliau, isu Tabung Haji melibatkan amanah pendeposit, tadbir urus, kedudukan kewangan serta keyakinan umat Islam terhadap institusi berkenaan. “Jika terdapat kelemahan atau salah laku, siasatan dan tindakan ...

ALOR SETAR-Pengerusi Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Kedah, Dato’ Dr Mustaffa Idrus, berpandangan perjalanan Sidang Khas Dewan Rakyat semalam tidak memberikan hasil seperti yang diharapkan, khususnya dari sudut kepentingan rakyat. Beliau berkata, sidang khas yang sepatutnya memberi ruang lebih menyeluruh untuk Ahli Parlimen membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji dilihat tidak mencapai matlamat yang diharapkan. “Sidang khas ...

Laporan: Fatimoh Ja'ae PATANI-Operasi memburu penduduk Patani yang dituduh mempunyai kaitan dengan kumpulan pembebasan Patani Darussalam semakin dipertingkatkan oleh pasukan keselamatan Thailand, susulan tuduhan mereka terhadap kumpulan pejuang mendalangi serangan di Tanjung Mas, Narathiwat pada 22 Julai lalu. Beberapa penduduk tempatan dilaporkan ditahan dalam operasi yang dijalankan sejak hujung Julai lalu dengan pasukan keselamatan menyasarkan pemuda tempatan tanpa sebarang bukti kukuh. ...

ALOR SETAR-Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) membidas pendekatan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mahu mengenal pasti dan menapis status pelarian Rohingya sebelum mereka dihantar pulang ke Myanmar, dengan menyifatkan kerajaan banyak berdolak- dalih dan berlembut dengan kemasukan Rohingya yang semakin tidak terkawal. Pengerusi PAMM, Dato’ Dr Mustaffa Idrus, berkata kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung proses ...