SELAIN berperanan sebagai pusat penyebaran Islam yang terpenting di rantau ini, siapa sangka peta negeri Kedah ketika era Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah II (1710-1778) turut menjangkaui jauh sehingga ke utara Thailand dan sempadan Myanmar. Apa yang mengujakan, di bawah pimpinannya, kerajaan Islam Kedah pada zaman itu begitu dihormati dan digeruni oleh kuasa-kuasa lain. Penasihat Persatuan Sejarah Malaysia ...

Siri 2 ( Cabaran warga pendidik murid pendidikan khas) ALOR SETAR-Autisme atau autism spectrum disorder (ASD) merupakan gangguan perkembangan saraf. Ia menjejaskan perkembangan bahasa dan kemampuan seorang anak untuk membesar dengan baik iaitu dalam aspek komunikasi, berinteraksi serta berperilaku. Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan (SK) Siong, Siti Rosni Ahmad berkata, bagi pelajar dalam kategori tersebut, tingkah laku mereka ...

ALOR SETAR-Tugas sebagai guru diketahui cukup mencabar terutamanya dalam mendidik para pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Namun tahukah anda? menjadi guru pendidik kepada murid bekeperluan khas (MBK) jauh lebih mencabar. Ia jauh lebih mencabar berbanding mendidik murid aliran perdana. Bagi menyelami cabaran para guru pendidikan khas, Rentas7.com menemu bual seorang guru dalam bidang berkenaan. Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Sekolah ...

KEMPEN ketenteraan Amerika ke atas Iraq pada Mac 2013 merupakan satu kesilapan besar yang harus diakui oleh negara kuasa besar dunia itu. Pencerobohan sekutu Israel itu ke atas negara milik umat Islam dengan alasan Iraq mempunyai senjata kimia berbahaya menyebabkan rakyat di sana terus menderita pada hari ini. Sebelum itu lagi, Afghanistan turut menjadi mangsa rakus Amerika Syarikat apabila negara ...

KUALA KETIL- Tidak ramai mengenali siapa sebenarnya pengasas kepada Maahad Al-Naim di sini, hingga kini masih ramai beranggapan ia diasaskan oleh guru agama pondok Namun siapa sangka, di sebalik kejayaan Maahad Tahfiz dan Sekolah Rendah Al-Naim melahirkan ramai pelajar cemerlang sejak ditubuhkan 34 tahun lalu, ia sebenarnya diasaskan oleh bekas Pemangku Ketua Polis Kedah. Menceritakan kembali bagaimana maahad ini ditubuhkan, Pengasasnya, Abd ...

BANYAK coretan sejarah perjuangan PAS di kawasan Baling. Salah satunya ialah kisah PAS menang buat kali pertama di Dewan Undangan Negeri Kedah (DUN) Bayu pada PRU-I4 lalu. Kemenangan itu membolehkan kerusi DUN Bayu yang juga kubu kuat UMNO-BN sebelum ini, disandang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Abd Nasir Idris. Selepas hampir dua tahun berkhidmat untuk rakyat, Abd Nasir kini ...

PATANI-Jalan menghubungkan Kampung Kelewet dengan Pekan Napradu tidak lagi digunakan pengguna jalan raya seperti kebiasaaannya. Sejak 2004 jalan itu semakin sunyi daripada laluan pengguna dan ia dipercayai mempunyai kaitan dengan konflik berdarah selatan Thailand. Siang atau malam, jalan itu sepi daripada laluan kenderaan penguna, tiada siapa yang sanggup melaluinya melainkan penduduk kampung berdekatan atau mereka yang mempunyai urusan penting. Bagi ...

BALING- Pekan Malau mempunyai kapasiti penduduk berjumlah kira-kira 500 orang. Pekan dinamakan Malau ini terletak di selatan Baling dan bersempadan dengan daerah Kulim. Mantan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Pekan Malau, Raman Shariff,57, berkata, pekan itu wujud sejak negara menyambut kemerdekaan pada tahun 1957. Menurutnya, asal usul pekan ini diambil daripada nama sepohon pokok Malau  oleh penduduk tempatan. "Pekan ni asalnya ladang getah dan diusahakan oleh pengurus ...

KISAH Lagenda Raja Bersiong yang mempunyai nafsu makan luar biasa apabila gemar menikmati darah rakyatnya sebagai bahan hidangan dikaitkan dengan wujudnya nama daerah Baling, Kedah. Raja Bersiong atau namanya Ong Maha Perita Deria merupakan pemimpin yang digambarkan dalam Hikayat Merong Mahawangsa sebagai pemimpin kejam dan zalim. Penasihat Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Wira Dr Wan Shamsudin Mohd Yusof ...

ALOR SETAR- Selain sebagai senjata yang digunakan orang Melayu terdahulu, keris juga merupakan “kad pengenalan” kepada pemiliknya. Pengarah Urusan Galeri Warisan Kemelayuan, Muhamad Fazwan Mohd Hanafi berkata, identiti daerah pemakai keris dapat dikenal pasti melalui pelayar senjata itu. Menurutnya, pelayar atau dikenali sebagai sampan mahupun sampin berbeza mengikut tempat. “Contohnya keris tanjung, ia masyhur di Patani Darussalam, Kemboja, kerajaan Seganting ...