Teh O Arab jadi pilihan kaki teh

Rahman menunjukkan teh O Arab di Warung nasi Arab Hashem

KUALA KETIL– Teh 0 Arab yang dijual di Warung Hashem Nasi Arab di medan selera Taman Desa Bidara di sini menjadi buruan penggemar minuman teh.

Dijual di warung nombor 18, teh O Arab dengan harga RM1.50 secawan di sini dikendalikan oleh dua pemuda dari Yaman.

Bahkan, medan selera yang sentiasa menjadi pilihan masyarakat setempat turut menyediakan teh ais Arab yang mempunyai rasa yang lain dari lain.

“Rasanya lain daripada lain. Mungkin campuran herba yang dibancuh menjadikan kita rasa segar selepas minum.

“Teh O Arab ini mempunyai kelebihan yang tersendiri terutama manfaatnya untuk kesihatan,” kata penggemar teh, Rahman Hashim.

Ia beroperasi jam 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari kecuali Sabtu dan turut menyediakan hidangan nasi Arab.

Untuk mereka yang mahu ke sini boleh mengikut ‘maps’ disediakan:
HASHEM NASI ARAB
NO.413, Susur Bidara, 09300 Kuala Ketil, Kedah
‏‬‏https://maps.app.goo.gl/4gC53JokzzZWEbEB6

Untuk tempahan boleh hubungi 019-395 0751.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.