BALING - Aset Skuad Bencana Jabatan Amal Baling (JAB) ditambah dalam usaha melancarkan lagi misi bantuannya. Skuad JAB menerima sumbangan dalam bentuk peralatan bernilai RM3,000 daripada Exco Agama, Brigadier Jeneral (b) Datuk Najmi Ahmad, baru-baru ini. Pegawai Tugas-Tugas Khas dan Doktrin Jabatan Amal Baling, Nazir Ibrahim berkata, peralatan berkenaan akan digunakan terutama dalam misi melibatkan banjir kilat dan ribut di ...

KUALA LUMPUR-Insiden memasang Jalur Gemilang terbalik terus berlaku dengan kali ini melibatkan Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC). Kejadian berlaku di Klang Selangor lapor akhbar berbahasa , Sin Chew Daily dan tular di media sosial. Akbar berkenaan melaporkan pihak sekolah tidak berniat menghina Jalur Gemilang sebaliknya ia tersalah gantung oleh pekerja sekolah. Sementara itu Harian Metro melaporkan pihak polis telah menjalankan ...

KUPANG-Seorang lelaki terkejut apabila bahagian daging korbannya yang diterimanya tertera tulisan menyerupai kalimah ALLAH dan Muhammad S.A.W. Kejadian yang membuktikan salah satu kebesaran ALLAH itu berlaku pada hari pertama Raya Aidiladha di Kampung Kejai dekat sini. Penduduk, Muhammad Sufiri Yahya,55 berkata, penerima daging korban berkenaan ialah sepupunya sendiri, Rashid Che Me,54. "Kalimah ALLAH dan Muhammad itu amat jelas kelihatan di ...

KUALA BERANG-Sebilangan pengunjung masih mempertaruhkan nyawa dengan mandi di Air Terjun Belukar Bukit walaupun telah banyak nyawa terkorban di sini. Salah satu papan tanda tertera: "Awas kawasan yang telah meragut 18 nyawa daripada tahun 2003. Awas! mungkin anda mangsa seterusnya jika mandi di sini,". Bagaimanapun, larangan itu tidak diendahkan oleh mereka yang berkepala batu. Bagi seorang pengguna Facebook, Radziah Sulaiman ...

KUALA LUMPUR-Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberikan isyarat awal pembentukan Maufakat Nasional (MN) bersama Bersatu. "Kita berjaya menyatukan ketiga-tiga parti. Kita tak boleh berpisah dengan UMNO, tak boleh berpisah dengan BERSATU,"katanya di Facebooknya malam ini. Kenyataan ringkas itu disertakan gambar beliau bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Zahid pada ...

KUALA LUMPUR-PAS mengingatkan ADUN Tras, Chow Yu Hui bahawa tulisan Jawi telah lama digunakan rakyat Malaysia. Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad berkata, sikap pemimpin DAP itu mencabar keputusan kerajaan Pahang mewajibkan tulisan Jawi di papan tanda dan iklan di premis perniagaan di mahkamah amat dikesali. "Kenyataan ADUN Tras itu tidak berasas kerana penggunaan tulisan Jawi telah lama digunakan oleh rakyat ...

ALOR SETAR- Empat mukim terjejas dengan penyebaran COVID-19 (kluster Sivagangga) dikenakan Targeted Enhancement Movement Control Order (TEMCO) (Perintah Kawalan Pergerakan Peningkatan Bersasar) berkuatkuasa hari ini. Kawasan terbabit ialah Mukim Ah, Mukim Hosba dan Mukim Binjal di Daerah Kubang Pasu serta Kampong Ulu, Padang Sanai di Daerah Padang Terap. Memetik Astro Awani, TEMCO berkenaan melibatkan kawalan pergerakan orang awam pada radius ...

KUALA LUMPUR-Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Nor Hisham Abdullah menzahirkan kembimbangan terhadap tsunami COVID-19 di Malaysia ekoran peningkatan jangkitan wabak itu diluar negara. Kebimbangan beliau itu disertakan dengan perangkaan gelombang kedua COVID-19 di Austaralia, Hong Kong dan Jepun di Facebooknya hari ini. Justeru beliau menasihati rakyat Malaysia untuk selalu patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak kerajaan. "Marilah kita ...

KUALA KETIL- Demi memastikan tanggungjawab melaksanakan ibadah korban dapat dijayakan, jemaah Surau Al Barakah Kampung Tembak B di sini mengumpul wang sejak Ogos tahun lalu. Setiausaha Surau Al Barakah, Ilyas Salleh berkata, setiap bulan jemaah terlibat menyumbang kepada tabung surau sebanyak RM70 atau lebih. Menurutnya, majoriti penduduk di kawasan itu hanya bergantung kepada sumber pendapatan menoreh getah. "Untuk ibadah korban ...

KUALA LUMPUR-Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) kedah menyokong usul dan cadangan pindaan Akta Pilihan Raya bagi mencegah budaya lompat parti. Ketua Penyelaras, Datuk Mustaffa Idrus berkata, budaya lompat perlu dicegah kerana membawa mudarat kepada kestabilan politik serta ekonomi. "PUTRA Kedah menyokong pindaan Akta Pilihan Raya yang diusul oleh Presiden PUTRA, Datuk Dr. Ibrahim Ali. Kami yakin jika akta ini diluluskan, ...