PUTRA desak penyelewengan zaman PH disiasat

SUNGAI PETANI– Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menyokong enam tuntutan UMNO kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Penyelaras PUTRA Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN)
dituntut mengkaji semula siasatan dan kes penyelewangan yang dihentikan pada zaman Pakatan Harapan

“Kedua, kerajaan dibawah PN dituntut menubuh Suruhanjaya  Siasatan Diraja bagi menyiasat salah laku dan penyelewengan PH serta Tabung Haji (TH), ketiga ialah menilai semula keputusan jualan secara lambak aset strategik negara antaranya Khazanah Nasional.

“PUTRA juga menyokong tuntutan kes-kes penyelewengan yang dihentikan perbicaraan oleh PH dibuka semula serta segerakan siasatan terhadap mereka yang dikaitkan dengan kes pembunuhan Muhammad Adib,”katanya di Pejabat PUTRA Kedah, semalam.

Tambahnya, pemberhentian kakitangan kontrak Dan dasar pengurangan kakitangan awam yang dilakukan PH perlu dikaji semula.

“PUTRA menyatakan sokongan kepada enam tuntutan ini kerana bagi kami sebarang kes yang melibatkan agama, bangsa dan tanah air walaupun baik pada zaman kerajaan terdahulu, kini atau akan datang perlulah diadili dengan sebetulnya,”katanya.

UMNO pada 12 Mac lalu membuat enam tuntutan tersebut pada Tan Sri Muhyiddin.

Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi mahu enam tuntutan berkenaan dilaksanakan demi memenuhi aspirasi rakyat dan memelihara kepentingan agama dan negara.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.