PATANI-Tentera Thailand menuduh gerakan pejuang yang aktif di wilayah selatan sebagai pihak bertanggungjawab melancarkan serangan kepada anggota mereka.
Lima anggota tentera termasuk anggota renjer Thailand diserang hendap di
di kawasan Tok Titir Daerah Jaring Wilayah Patani pada siang tadi. ( 13 Mei 2025)
Bom dipasang meletup dan mengenai kenderaan tersebut menyebabkan dua daripada lima anggota terbabit parah.
Pintu lori dan tingkap berlubang-lubang kesan daripada tembakan bertubi-tubi yang dilepaskan ke arah sasaran.
Bahagian tingkap lori sebelah lagi pula pecah terkena tembakan dengan kesan darah pada tempat duduk dan lantai lori.
Dalam serangan berasingan, seorang awam dilaporkan media tempatan mengalami kecederaan selepas terkena letupan bom berhampiran tiang eletrik di daerah Mayo Patani meletup.
Mangsa dikenali sebagai Fukhon Awe berusia 21 tahun cedera di atas lutut kiri dan patah tulang tangan kanan.
Konflik Patani yang semakin memanas dijangka akan terus meningkat.
Orang awam dinasihati lebih berhati-hati dan merancang perjalanan pada waktu lebih sesuai bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
RENTAS7








Leave a Reply