KUALA LUMPUR-Tiada pemimpin Perikatan Nasional (PN) menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin berkata, beliau sindiri "pening" dengan dakwaan Anwar yang seolah-olah sudah mempunyai sokongan untuk menjadi Perdana Menteri. "Sehingga hari ini saya tidak pasti apakah kenyataan itu betul atau tidak atau sekadar pernyataan politik. "Ini setelah beberapa wakil rakyat yang dikaitkan ...

BANGKOK-Ahli Parlimen kerajaan terpaksa menggunakan laluan sungai bagi mengelakkan diri daripada bertemu kumpulan penunjuk perasaan. Menurut media Thailand iaitu Thai Rat pada malam ini, sejumlah Ahli Parlimen yang tidak dinyatakan dalam jumlah sebenar terpaksa menaiki bot menggunakan laluan Sungai Chao Praya. Ahli Parlimen sebelum itu dilaporkan mengadakan perbincangan di Dewan Rakyat berkaitan isu yang melibatkan tuntutan kumpulan berkenaan. Demontrasi dipimpin aktivis ...

SUNGAI PETANI- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Kedah berharap Perdana Menteri tidak mengambil masa lama untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong Al- Sultan Abdulllah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membubarkan Parlimen. Ketua Penyelarasnya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, pengumuman Presiden PKR Anwar Ibrahim yang kononnya mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen tidak boleh dianggap remeh. "Walaupun secara dasarnya Anwar mungkin tidak memiliki sokongan majoriti ...

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak tumbang seperti mana dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Muhyiddin berkata, beliau mengambil maklum kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan. "Dakwaan ini hendaklah dibuktikan menurut proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan. Tanpa ...

KUALA LUMPUR-Pasukan keselamatan menterjemahkan kemarahan terhadap penghinaan kepimpinan Warisan Plus dalam dalam pengundian awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini. Menerusi posting seorang tentera di Facebook, anggota terbabit jelas tidak dapat menerima penghinaan dilemparkan pemimpin politik tersebut. Mujahidin Hj Sawaijaan (gambar depan dari kiri) menulis dengan mesej yang ringkas namun memberikan erti yang sangat mendalam terutamanya kepada seluruh ...

ALOR SETAR- Kerajaan negeri di bawah Perikatan Nasional tidak pernah mengeluarkan lesen bagi aktiviti pembalakan di Empangan Ahning pada Julai dan Ogos lalu. Pejabat Menteri Besar Kedah dalam kenyataan berkata, aktiviti pembalakan tersebut ditularkan melalui Facebook aktivis alam sekitar, Sabrina Syed pada semalam. Menurutnya, "posting" itu merupakan satu lagi usaha untuk memberikan persepsi buruk kepada kerajaan Kedah pimpinan Menteri Besar, ...

KUALA LUMPUR- Seekor kucing yang tidak mengerti apa-apa dihempap ke jalan dengan kuat. Tindakan kejam itu sanggup dilakukan oleh seorang  lelaki berkereta mewah selepas melihat kucing tidak berdosa itu memanjat bahagian bonet kenderaan itu. Kejadian dikatakan berlaku di Setapak Kuala Lumpur hari ini dan perbuatan kejam itu dirakam rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Dalam rakaman itu, lelaki terbabit dilihat datang ...

KUALA LUMPUR- Bukan sandiwara! Itu ketegasan dinyatakan Panglima Angkatan Tentera Malaysia ( ATM), Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi Buang terhadap pihak yang mempolitikkan insiden pencerobohan di Lahad Datu pada 2013. Beliau berkata, ATM amat terkesan dengan kenyataan seorang ahli politik yang mengaitkan pencerobohan itu sebagai sandiwara. "Tuduhan anggota ATM membuat serangan kepada ayam dan anjing juga merupakan tuduhan ...

KUALA LUMPUR-Apa sudah jadi? Selepas Red Giant dibelasah JDT 6-1 semalam, malam ini giliran adik pula mengalami nasib serupa. Bagi aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor 2 mengulangi keputusan sama apabila dibelasah 6-1 kepada JDT II. Gol-gol JDT II dijaringkan Nicolas Alberto Fernandez minit ke-21 dan minit ke-33, Fernando Rodriguez Ortega minit ke-25 dan 49, Che ...

KUALA LUMPUR-Tular video sekumpulan tentera Komunis China sedang menangis teresak-esak dalam sebuah bas. Kumpulan itu dilihat menangis beramai-ramai dengan ada yang sedang meraung ketakutan. Difahamkan mereka akan dihantar ke sempadan India bagi menghadapi pertempuran yang mungkin akan berlaku pada bila-bila masa. Video berkenaan dikongsi pelbagai halaman Facebook yang anti kepada ideologi komunis. Ia juga menjadi bahan ketawa netizen yang menganggap ...