PUTRAJAYA- Malaysia nyatakan ketegasan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR) untuk tidak menerima pelarian etnik Rohingya lagi. Perkara itu disuarakan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada wakil UHNCR Mr. Thomas Albrecht. Pada pertemuan itu jelasnya, perbincangan mereka khusus mengenai pelarian Rohingya di Malaysia. "Saya maklumkan Malaysia tidak boleh menerima kehadiran pelarian Rohingya lagi. "Saya meminta beliau ...

BACHOK- Tiga lagi mangsa bot kelas A TRF 641 yang terbalik di perairan Bachok Kelantan sedang giat dikesan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritin Malaysia (APMM), hari ini. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu melibatkan sebuah pesawat Bombardier CL 415MP, dan bot Maritim iaitu Bot Penyelamat 7, Penggalang 18, Kilat 27 dan 28. Timbalan Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Maritim, Leftenan ...

KUALA LUMPUR-Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan dirinya bersekongkol dengan individu yang digelarnya sebagai pengkhianat. "Saya ingin merujuk dan menjawab tohmahan segelintir kumpulan kononnya saya sedang merencana dengan beberapa watak pengkhianat. "Ingin saya tegaskan ia ternyata helah kelompok yang kemaruk kuasa. Fitnah akan dijadikan dalih dan alasan mereka bertapak,"katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya hari ini. Beliau berkata, ...

SUNGAI PETANI-Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menggesa kerajaan memperketatkan undang-undang terhadap pihak yang membina kuil tanpa mengikut saluran yang betul. Pengerusi PUTRA cawangan Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, tindakan lemah kerajaan terdahulu menyebabkan ada kuil yang dibina di atas tanah yang diceroboh. Menurutnya, binaan berkenaan akhirnya mendatangkan banyak masalah di kemudian hari. "Jika tidak diambil tindakan, akan ada lebih banyak ...

KUALA LUMPUR-Tindakan tegas akan diambil kepada pihak yang meniru lambang kerajaan Persekutuan iaitu Jata Negara. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, beliau telah arahkan PDRM untuk siasat dan ambil tindakan yang tegas dengan segera. "Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melakukan tindakan yang tidak patriotik dan bertanggungjawab ini. "Seksyen 3(1)(a) Akta Labang dan Nama (1963) memperuntukkan ...

PULAU-PINANG-Kehadiran lelaki dewasa hanya berseluar dalam di pantai Batu Ferengghi Pulau Pinang pada Jumaat lalu mencabar kesucian Islam di samping menjejaskan suasana tidak selesa pengunjung di situ. Pengunjung, Hasan Ali,53, berkata, lelaki berkenaan dilihat berenang berseorangan sebelum berswafoto di tepi pantai dengan hanya berseluar dalam. "Saya perasan kehadiran laki tu waktu nak pulang. Dah la pakai seluar dalam saja, mandi ...

TANJUNG MANIS- Sebuah bot nelayan asing termasuk enam warga Indonesia yang menjalankan aktiviti menangkap ikan tanpa kebenaran dalam perairan negeri Sarawak ditahan. Pengarah APMM Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, bot itu ditahan menerusi operasi yang dijalankan di perairan negeri Sarawak pada 26 Jun yang lalu. "Sebuah bot nelayan asing dikesan menjalankan aktiviti menangkap ikan pada jarak ...

KUALA LUMPUR-Cadangan mencalonkan Presiden Parti Warisan (Warisan) Sabah Datuk Seri Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri baru akan dibincangkan Amanah dan DAP di peringkat kepimpinan kedua-dua parti. Dalam kenyataan bersama Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, perkara itu seterusnya dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk diputuskan bersama. "Amanah dan DAP mengambil ...

BALING- Seramai 274 penduduk DUN Kupang menerima bantuan Musa'adah COVID-19 di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Kuang hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Brigadier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad berkata, ia melibatkan golongan B-40 yang hanya bekerja kampung. Menurutnya, pendapatan mereka terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) "Kebanyakan penerima adalah penoreh ...

SIK- Sebuah keluarga sedang menjamu selera lari bertempiaran apabila didatangi seekor ulang tedung selar di Kampung Pinang, semalam. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) SIK, Lt (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, berdasarkan maklumat diterima, ular seberat 10 kilogram itu masuk ke dalam rumah mangsa secara tiba-tiba. Menurutnya, APM yang menerima aduan pada jam 2.05 petang segera menghantar lima anggota ...