ALOR SETAR-Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Kedah menggesa Kerajaan Persekutuan membuktikan bahawa penghantaran pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar benar-benar dilaksanakan sebagaimana diumumkan, dan bukannya kenyataan tanpa bukti. Presidennya, Dato' Dr. Mustaffa Idrus, berkata kerajaan perlu mengemukakan dokumentasi lengkap, rakaman proses penghantaran, serta membuka ruang kepada liputan media tempatan dan antarabangsa supaya rakyat dapat melihat sendiri ketelusan pelaksanaannya. "Jika kerajaan ...

KUALA LUMPUR -Thailand menuduh seramai 13 individu yang dipercayai terlibat dalam serangan sehingga mengorbankan lima anggota Renjer Thailand di Tanjung Mas, Narathiwat pada 22 Julai lalu, bersembunyi di Malaysia. Perkara itu dikongsikan oleh wartawan Patani, Tuwaedaniya Meringing kepada umum. Menurut beliau, Menteri Pertahanan Thailand telah berkunjung ke Kuala Lumpur bagi mengadakan perbincangan dengan Menteri Pertahanan Malaysia berhubung insiden berkenaan. "Menteri ...

KUALA LUMPUR- Tanah Melayu, Alam Melayu dan Negeri -Negeri Melayu akan terus kekal terpahat selamanya. Sebaliknya yang berakhir ialah kiblat dan kesetiaan kepada kuasa asing, termasuk unsur-unsur kolonial yang mula disingkirkan sejak 1957. Demikian tegas Pakar Sejarah, Profesor Madya Dr. Azmi Arifin, yang membidas kenyataan pihak yang cuba menenggelamkan sejarah panjang negara ini. Menurut beliau, nama Tanah Melayu, Alam Melayu ...

ALOR SETAR-Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Kedah menggesa kerajaan tidak membenarkan warga Rohingya menerima kemudahan rawatan di hospital kerajaan, sebaliknya rawatan mereka hendaklah diuruskan melalui kemudahan yang disediakan oleh Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sebagai badan yang menjadikan negara ini sebagai pusat pengumpulan Rohingya. Rawatan mereka juga perlu dibiayai sepenuhnya oleh badan-badan antarabangsa atau NGO dengan di kawasan ...

PATANI -Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (PULO) menegaskan bahawa Malaysia tidak wajar dikaitkan dengan dakwaan memberikan sokongan atau pembiayaan kepada kumpulan pejuang Patani tanpa bukti yang kukuh dan boleh disahkan. Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan Presidennya, Kasturi Mahkota, PULO memaklumkan bahawa pihaknya mengambil maklum dakwaan yang cuba mengaitkan Malaysia sebagai pihak yang menyokong atau membiayai perjuangan Patani. Menurut PULO, sebarang ...

PATANI -Hak Asasi Manusia Patani (HAMP) mendakwa undang-undang darurat tentera telah dikuatkuasakan di wilayah Narathiwat dan memberi kuasa yang lebih luas kepada pasukan keselamatan untuk menjalankan operasi terhadap suspek yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pejuang Patani. Menurut HAMP, pihak berkuasa dibenarkan mengambil tindakan, termasuk melepaskan tembakan terhadap suspek dalam keadaan yang diperuntukkan di bawah undang-undang tersebut. HAMP menyifatkan undang-undang ...

Laporan: Manaff Kersek PATANI -Serangan terbuka yang mengorbankan lima anggota Renjer Thailand di Tanjung Mas, Narathiwat disifatkan bertentangan dengan corak serta taktikal operasi yang lazim digunakan oleh kumpulan pejuang Patani, termasuk dua organisasi berpengaruh iaitu PULO dan BRN. Presiden PULO, Wabatopatan Ismail (K.M.), berkata sehingga kini tiada bukti kukuh yang boleh mengaitkan insiden berdarah itu dengan pejuang-pejuang Patani. Beliau menegaskan ...

ALOR SETAR-Pengerusi Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM), Dato' Dr Mustaffa Idrus menyatakan kesediaannya untuk mempertimbangkan penyertaan dalam Pilihan Raya Umum (PRU)-16 sekiranya mendapat sokongan dan mandat rakyat bagi memperjuangkan masa depan negara. Menurut beliau, hasrat itu lahir daripada kebimbangan terhadap keadaan negara yang didakwa semakin terjejas akibat kegagalan segelintir pemimpin politik menunaikan janji serta lebih gemar menuding jari kepada pihak ...

Laporan Wartawan RENTAS7 Patani: Fatimoh Ja'ae PATANI -Tanpa mengemukakan sebarang bukti, petunjuk mahupun hasil siasatan rasmi, Ketua Turus Tentera Darat Thailand, Jeneral Chaiphruek Duangpraphat, dilihat tergesa-gesa apabila terus mengaitkan kumpulan pejuang dengan insiden yang mengorbankan lima anggota Renjer Thailand termasuk mencederakan beberapa orang awam di Tanjung Mas, Narathiwat pada 22 Julai lalu. Lebih membimbangkan, beliau yang juga Setiausaha Pemerintah Operasi ...

ALOR SETAR- Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Kedah melahirkan kebimbangan terhadap perkembangan komuniti Rohingya di Malaysia yang dilihat mempunyai jaringan sosial dan organisasi tersendiri dalam mengurus hal ehwal komuniti mereka. Pengerusinya, Dato’ Dr Mustaffa Idrus berkata, berdasarkan maklumat dan pemerhatian yang diterima, komuniti Rohingya dipercayai mempunyai rangkaian hubungan yang menghubungkan mereka di Malaysia dengan masyarakat Rohingya di luar negara. Menurut ...