Lagi tembakan dari negara jiran

Anggota berkenaan menunjukkan bahagian perut yang melecet akibat terkena tembakan

BUKIT KAYU HITAM-Belum reda dengan insiden serangan terhadap dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), seorang lagi anggota pasukan berkenaan cedera terkena tembakan.

Kali ini serangan berlaku di sempadan Malaysia-Thailand di sini pada  jam 6.15 petang semalam melibatkan anggota Batalion ke-3 PGA.

Astro Awani melaporkan, anggota berkenaan sedang melakukan kawalan di Pos M16 sebelum terkena tembakan yang dilepaskan dari arah sempadan Thailand.

Bagaimanapun anggota yang memakai baju kalis peluru itu hanya melecet di bahagian perut.

Kejadian disahkan Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan.

Mengulas lanjut beliau berkata, hasil siasatan mendapati senjata digunakan ialah senapang angin.

Kes disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Kelmarin, seluruh negara dikejutkan dengan seorang anggota PGA terbunuh manakala seorang lagi cedera akibat ditembak kumpulan dipercayai sindiket di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar Perlis.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.