Warisan Kedah sokong PM-10

Fadhil Hanafi kanan dan Mustaffa

ALOR SETAR– Parti Warisan Negeri Kedah menyambut baik kesediaan presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk menyertai Kerajaan Perpaduan dibawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Parti Warisan Negeri Kedah, Dato’ Fadhil Hanafi berkata, pendirian berkenaan diambil selaras dengan manifesto Parti Warisan Negeri Kedah iaitu melahirkan perpaduan dan kesatuan ummah.

Beliau berkata, kerajaan di bawah Perdana Menteri ke-10 itu sepatutnya diberi sokongan oleh semua pihak terutama orang Melayu Islam.

“Saranan umat Islam bersatu merupakan tuntutan as-sunnah. Setiap minggu menerusi khutbah Jumaat Mimbar Jumaat juga akan menyebut iaitu “ Berpegang teguhlah kamu pada tali Allah ( Islam ) dan jangan berpecah belah / bercerai berai.

“Sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi Maha Mengasihi,”katanya dalam satu kenyataan.

Fadhil berkata, beliau juga telah mengarahkan jentera Parti Warisan Negeri Kedah membantu calon PKR di Pilihan Raya Kecil (PRK) Padang Serai untuk kemenangan dan memberikan hadiah kepada Perdana Menteri baharu itu.

“Selaras dengan kesediaan Presiden Parti Warisan Dato Seri Panglima Hj Mohd Shafie Hj Afdal untuk bersama menyokong Kerajaan Perpaduan atas titah ke bawah Duli Yang Dipertuan Agong maka saya ingin memaklumkan bahawa jentera Parti Warisan Negeri Kedah keseluruhannya turut berkempen dan memberi sokongan padu untuk memastikan kemenangan calon Pakatan Harapan dari PKR dalam PRK Pdg Serai,”katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Perhubungan Awam Parti Warisan Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, Anwar Ibrahim sewajarnya diberikan ruang dan peluang untuk mentadbir negara.

“Berikan beliau peluang untuk mentadbir negara dan memulihkan ekonomi serta masalah rasuah negara.

“Saya yakin dan percaya beliau akan dapat mengangkat kembali nama negara di persada antarabangsa,”katanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.