Warisan Kedah hargai sumbangan Dr Rajiv

Dr Rajiv menyampaikan borang pencalonan Warisan kepada Datuk Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI -Parti Warisan Negeri Kedah menghargai jasa Dr Rajiv Bhanot yang menjadi tunjang belakang parti itu dalam menghadapi 26 Kerusi Parlimen di Semenanjung pada PRU-15 lalu.

Pengerusi Perhubungan Warisan Negeri Kedah Dato’ Fadhil Hanafi berkata, Dr Rajiv merupakan Ketua Penyelaras Parti’Warisan Semenanjung Malaysia.

“Beliau saorang yang rajin bertungkus lumus bekerja untuk menjadikan Parti Warisan di seluruh Semenanjung menjadi terkenal dan berani bertanding di 26 Parlimen dipertandingkan,”katanya.

Beliau berkata, masa terlalu singkat menjadi faktor Warisan belum mampu menang di mana-mana kerusi Parlimen di Semenanjung.

“Faktor itu menyebabkan Warisan belum matang dari segi popularitinya yang membuat rakyat belum mengenali parti ini sepenuhnya.

“Namun demikian, saya amat menghargai pengorbanan Dr Rajiv yang sanggup berkorban berjalan seluruh semenanjung demi untuk parti warisan dengan pergorbanannya masa dan wang ringgit demi perjuangannya demi parti Warisan,”katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Perhubungan Awam Parti Warisan Negeri Kedah Datuk Mustaffa Idrus berkata, semangat ditunjukkan Dr Rajiv perlu dicontohi semua ahli Warisan yang dituntut sanggup berkorban wang dan tenaga.

“Dr Rajiv adalah susuk tubuh pemuda dan pemimpin masa depan Warisan.

“Pemilihan beliau sebagai Penyelaras Parti Warisan Semenanjung Malaysia amat tepat sekali kerana mudah berbincang dan rendah diri,”katanya.

Mustaffa berkata, Warisan diyakini mampu menjadi salah satu parti terkuat di Semenanjung selepas ini ekoran hubungan rapat Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sudah tentu ia memberikan kelebihan dan manfaat buat Warisan di Sabah dan Semenanjung,”katanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.