Teh dangdut di warung Paksu

SEBERANG PRAI-Jika berkunjung ke Tasek Gelugor Pulau Pinang, pastikan anda tidak terlepas untuk menikmati teh tarik dangdut.

Dijual di warung Pak Su dan Mak Su berhadapan Pusat Serenti Kampung Selamat di sini, rasa teh dangdut nyata memukau!

Disediakan dalam gelas besar, anda boleh lihat bagaimana lapisan teh dan susu seoalah-olah “berdangdut”.

Malah mata anda juga pasti tertumpu pada buih teh tarik yang terhasil di permukaan gelas.

Menurut Pak Su atau nama sebenarnya Abdul Manan Md Hassan,63, cara membuat teh itu dipelajari daripada seorang peniaga di Betong Thailand.

“Ramai yang datang sini suka minum teh dangdut.

“Teh dangdut dan teh tarik di sini berbeza. Teh dangdut penyediaannya ada tiga peringkat.  Pertama susu, kedua teh dan akhir baru buih,”katanya

Warung dibuka Isnin hingga Jumaat ini turut menyediakan hidangan nasi lemak. Nak tahu apa istimewanya? Datang dan rasa lah sendiri.

Inilah teh dangdut dan nasi lemak di warung Pak Su

Di bawah, markah diberikan Rentas7.com kepada rasa minuman dan makanan tersebut.

Rating teh dangdut: 5 /5 bintang

Rating nasi lemak: 6/7 bintang

Sumber: Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.