Laporan: Ilyas Salleh
KUALA KETIL- Sekawah gulai daging rias pisang, sekawah masakan kurma itik serta sekawah nasi dimasak dan ditanak oleh penduduk Kampung Tembak B petang ini.
Aktiviti secara bergotong royong di Surau Al Barakah Kampung Tembak B itu bagi menyambut kejayaan PAS dan Perikatan Nasional (PN) menawan Parlimen Baling pada PRU-15 baru-baru ini.

Majlis bermula tengah hari hingga selepas solat Isya malam ini.
Pada malam semalam, markas PAS berhampiran Madrasah Nurul Hidayah Kampung Tembak B turut mengadakan majlis sama.
Lima kawah gulai daging rias pisang serta sekawah nasi disediakan pada majlis berkenaan dan ia dihadiri kira-kira 300 penduduk kampung.
Kedua-dua majlis dihadiri ADUN Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria sebagai meraikan undangan penduduk dan penyokong PN.

Selaku wakil rakyat dan juga Pengarah Pilihan Raya PAS Kawasan Baling, Mejar Mansor mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk kerana telah berusaha keras menangkan PN di Baling.

Parlimen Baling menjadi milik Ustaz Hassan Saad selepas mengetepikan tiga calon lain daripada PH, Pejuang dan UMNO-BN.

Beliau menang ke atas pesaing utama dari UMNO-BN, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dengan majoriti 29,137.
RENTAS7
Leave a Reply