Warisan harap sokongan pengundi

Datuk Mustaffa di hari penamaan calon Padang Serai semalam

SUNGAI PETANI – Pemimpin Parti Warisan Kedah meminta rakyat tidak terlepas mengundi mereka pada PRU-15 ini.

Ketua Biro Perhubungan Awam Parti Warisan Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, beliau berharap rakyat Negeri Kedah memberi sokongan dan membuat keputusan mengundi calon Parti Warisan di lima Parlimen Kedah iaitu Padang Serai, Merbok, Kuala Kedah, Alor Setar dan Pokok Sena.

“Diharapkan rakyat memberi kepercayaan kepada calon Warisan demi melahirkan waris pemimpin masa depan negara yang ikhlas, jujur dan berintegriti serta bebas rasuah.

“Yakinlah calon yang di ketengahkan dan di persembahkan kepada rakyat adalah calon terbaik,”katanya.

Beliau berkata, buatlah pilihan yang terbaik dan jangan salah membuat pilihan kerana daripada parti lain telah di kenali dan merasai onarnya.

“Jangan ulangi kesalahan lalu kerana tersalah pilihan dan kepercayaan, 22 bulan onarnya terasa, istihar darurat.

“Demi kuasa, kesulitan rakyat diketepikan manakala perbelanjaan negara ikut sukanya.

“Demi keselamatan dan kepentingan keroni dan kepimpinan parti sanggup membubarkan Parlimen,”katanya.

Beliau berkata, mereka tidak memikirkan kesusahan bakal dihadapi rakyat dalam musim tengkujuh.

“Sekarang rakyat wajib menghukum dengan menggunakan kuasa mengundi dan memilih calon Parti Warisan.

“Dengan cara ini ia memberi isyarat supaya mereka insaf,”katanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.