Kawasaki Frontale tunai janji

KUALA LUMPUR-Kegembiraan penyokong JDT melihat pasukan mereka di tangga teratas Kumpulan I tidak lama selepas Kawasaki Frontale menunaikan janji untuk menewaskan JDT.

Wakil kelab dari Jepun itu menamatkan mimpi indah JDT tanpa tewas dalam tiga perlawanan sebelum ini dengan kemenangan 5-0 ke atas tuan rumah di Stadium Sultan Ibrahim dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) malam tadi.

Sebelum ini pengendali Kawasaki Frontale, Toru Oniki menegaskan akan memastikan pasukannya menang dalam perlawanan pusingan kedua menentang JDT

Kemenangan besar itu membolehkan pasukan dari Jepun itu memintas JDT untuk di tangga teratas kumpulan dengan 8 mata.

JDT dengan tujuh mata jatuh ke tangga tangga kedua.

Tuan rumah masih relevan untuk layak ke pusingan kalah mati dengan syarat tidak tewas menentang dua baki perlawanan terakhir menentang kelab Korea Selatan dan China.

RENTAS7/ Foto: Asean Football

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.