Filem epik Mat Kilau, lebih RM12 juta kutipan hanya empat hari

KUALA LUMPUR -Filem epik pertama Malaysia Mat Kilau mencatatkan kutipan luar biasa apabila meraih lebih RM12 juta hanya dalam empat hari tayangan di panggung wayang.

Filem diadaptasi dariada kisah lagenda pejuang kemerdekaan tanah air itu mencetuskan fanomena seluruh negara dengan jalan cerita menarik dan memukau.

Filem arahan Syamsul Yusof itu dijangka akan terus merekodkan kutipan tinggi sepanjang minggu ini.

Mat Kilau adalah pejuang dari Pahang yang menentang penjajahan British.

Pendekar itu sepanjang hidupnya telah beberapa kali menukar bagi mengelakkan daripada ditangkap pengkhianat bangsa dan pihak British.

Sebelum meninggal dunia sekitar usia 122 tahun, Mat Kilau yang menggunakan gelaran Mat Siam ketika itu telah mendedahkan identiti sebenar di kampung kelahirannya.

Pengumuman itu dibuat di Masjid Lama Kampung Tawar Jerantut selepas solat Jumaat pada 26 Disember 1969.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.