Seorang lagi pemain muda ke luar negara

Amar Makruf bekas pemain UKM FC

KUALA LUMPUR-Seorang lagi pemain muda dari Malaysia berkelana ke luar negara bagi menimba pengalaman.

Memetik Sumber daripada Harimau Abroad, Amar Makruf, bekas pemain Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM) FC akan menyertai kelab Sepanyol, AD Alorcon.

Amar yang juga bekas pemain Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Bangi akan beraksi bagi pasukan bawah 23 tahun.

AD Alorcon bermain dalam Diviseyen Dua Sepanyol.

Rentas7.com

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.